BOB LOKMAN & BAPANYA. Siapa yang tak sayangkan anak? (kecuali Anwar Ibrahim - Ehsan merajuk kerana bapanya meliwat rakannya sendiri). Oleh itu kita hanya mampu mendengar sahaja keluhan bapa Bob Lokman, Lokman Adam 73 tahun (bertuah sesetengah orang bapanya masih ada) Dalam Sinar Harian dilaporkan:-
Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad, 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.
Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.
“Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.
“Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempunyai latar belakang pengajian agama,” katanya, semalam.
Beliau berkata, nama ‘Ustaz Mohd Hakim’ dicadangkan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hamidiah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.
Menurutnya, penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.
“Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama,” katanya.
Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Mentaliti seginilah yang banyak membawa kepada pelbagai persoalan dan pertikaian yang tak sudah. Hanya kerana pernah belajar di sekolah agama menjadi juara syarahan agama serta berketurunan Tok Kenali maka ianya merupakan kelayakan kepada seseorang untuk memberikan Syarahan Agama Tanpa Tauliah. Apakata sekiranya mana-mana orang selain Bob Lokman menggunakan alasan yang sama untuk bersyarah agama di dalam masjid bagi menyebarkan AJARAN SONGSANG?
BUKAN KETURUNAN YANG MENAIKKAN NAMA/ MARUAH SESEORANG.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa