Khamis, 10 November 2011

BAJET SELANGOR 2012: HASIL NEGERI UNTUK PAKATAN RAKYAT.


SELANGORKU (PKR-DAP-PAS): HASIL NEGERI UNTUK PAKATAN RAKYAT. Bersesuaian dengan TEMA BAJET 2012 SELANGOR, dalam ucapan bajet (hari semalam) Penyangak Keparat Ralyat yang diwakili oleh Khalid G menyatakan:-
Justeru itu, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk mengumumkan “Geran Selangorku” dengan peruntukan sebanyak RM300 juta yang akan digunakan pada tahun 2012  untuk faedah [Pakatan] rakyat Selangor. 
Daripada jumlah ini, RM1,000 juta atau RM1 billion akan diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM600 juta diperuntukkan untuk belanja pembangunan.
Belanjawan 2012 Negeri Selangor adalah Belanjawan berimbang dengan hasrat yang tinggi untuk memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan dapat diterjemahkan nilainya. Sebaliknya Belanjawan 2012 ini dirancang untuk menekankan aspek kelestarian melalui peningkatan kemahiran serta pembangunan infrastruktur. Dalam jangka panjang Belanjawan ini dijangka akan mengurangkan penggantungan berterusan rakyat kepada bantuan kerajaan. 
Selangorku adalah mesej bahawa negeri ini adalah milik kita (Pakatan Rakyat -dap-pkr-pas) bersama. Hasil Negeri untuk [Pakatan] Rakyat adalah mesej untuk kita  [dap-pkr-pas] bekerja dengan penuh tanggungjawab [kepada parti, poket sendiri & kroni]
Begitulah terjemahan/ interpretasi/ takrifan Hamba kepada Intisari Ucapan Bajet Selangor 2012 (Hasil Negeri Untutk Pakatan Rakyat). Bajet tersebut banyak mensasarkan kepada  Kemahiran & pembangunan infrasturktur. Kenapa? Ini kerana apabila suatu rompakan besar mahu dilakukan ianya perlu dilakukan di bawah tajuk 'Latihan Kemahiran' dan 'Pembangunan Infrasturktur'. Kenapa dan Mengapa? Anih bukan kerana sebelum ini Pakatan Haramjadah beriya-iya menolak segala bentuk Pembangunan YANG MEREKA LABELKAN SEBAGAI POLITIK PEMBANGUNAN. Tapi kini mereka mengatakan IANYA PERLU!

Di bawah Latihan  Kemahiran sudah tentulah kerajaan Negeri akan mengupah perundingcara / konsultan motivasi dan Event Management. Manakala di bawah Pembangunan Infrasturktur pula boleh diwujudkan pelbagai pakej kontrak. Bermacam helah dan muslihat boleh di buat di bawah projek-projek pakej Pembangunan Infrastruktur (kesemua projek Pembangunan Infrasturktur diletakkan di bawah PBT yang dikuasai oleh DAP).

Adalah jelas kepada kita bahawa Khalid G tidak memperincikan dan memberikan butiran jelas mengenai program SELANGORKU. Program ini wujud untuk kepentingan dan manafaat siapa sebenarnya? Pada masa yang sama Pakatan Haramjadah turut bergerak menuju kepada Pembebasan Pergantunggan Kepada Bantuan Kerajaan. Ini bermakna tidak lama lagi rakyat Selangor boleh ucap Selamat Tinggal kepada Subsidi Air. Ini bakal berlaku apabila peranan SYABAS di cantas terus. 

Hamba hairan dengan rangkap berikut dalam ucapan Bajet 2012 di mana Khalid G menyebutkan:
Geran ini  (RM300 Juta) akan diuruselia oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) kerana MBI adalah kenderaan yang paling sesuai untuk menjalankan tanggungjawab ini. Sebagai pemerbadanan yang memegang pelaburan dalam GLC Negeri, MBI mempunyai kuasa penyeliaan ke atas semua GLC Negeri dan oleh itu dapat menyelaras kutipan dana untuk geran ini. Oleh kerana pengurusan MBI adalah bersepadu (integrated) dengan pentadbiran kerajaan negeri, ia mampu untuk memastikan geran di urus dengan baik dan teratur.
Kesemua Geran di bawah program SELANGORKU di pegang dan di kawal oleh MBI sahaja. Siapakah di dalam MBI? Adakah kita boleh menerima 'Jaminan Lisan' yang diberikan oleh Khalid G? Adakah ini amalan yang dissebutkan sebagai Telus & Tanggungjawab? Bukankah meletakkan suatu bebanan pengurusan kewangan dalam jumlah sebegitu besar kepada MBI sahaja akan membuka pelbagai pintu-pintu belakang yang tidak diketahui umum? Sedangkan suatu pertanyaan mudah dalam tempoh tidak sampai 30 minit mengundang arahan 'HALAU KELUAR!' oleh speker DUN. Fikirkanlah.

Banyak lagi persoalan dan pertanyaan yang menimbulkan pelbagai kecurigaan mengenai Bajet 2012 Selangor tersebut. Kesemuanya akan diperincikan lagi. Kita juga hairan kenapa Khalid G langsung tidak membentangkan dan menyebut secara jelas mengenai program SELANGORKU serta program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR? Kedua soalan inilah yang telah menyebabkan ADUN Batang Kali di halau keluar oleh Teng. Kenapa gamaknya?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa