AIDIL ADHA. Sejak pagi tadi umat Islam di seluruh dunia sibuk melakukan qurban. Memperingati bagaimana pengorbanan tanpa batasan Nabi Ibrahim a.s. menta'ati perintah Allah swt. Bagaimana Nabi Ibrahim a.s. tidak meminta balasan di atas pengorbanannya itu. Bagaimana Nabi Ismail a.s. dimuliakan oleh Allah s.w.t. kerana sanggup mengorbankan dirinya dan menyakinkan bapanya untuk mentaati suruhan Allah swt yang seketika termenung memikirkannya. Bagaimana pada akhirnya Allah swt menyelamatkan Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. dengan pengantian korban sekur kibasy. Keduanya semasa melaksanakan perintah Allah swt melakukannya dengan tekad dan nekad yang bulat tanpa sebarang syak wasangka. Saling tolong menolong, ingat memperingati dan bantu membantu untuk melaksanakan perintah Allah swt tersebut. Bila diperincikan peristiwa tersebut yang menjadi asbab musabab kepada aidil adha tidakkah kita terfikir bahawa pada zahirnya sesuatu perintah dan larangan Allah swt itu memerlukan pengorbanan tanpa batasan dan tanpa meminta balasan? Ianya memerlukan persatuan hati, kesepaduan tindakan dan kesamaan niat dalam melaksanakan perintah Allah swt. Barulah kita akan dapat kesan yang mutlak.
Dalam suasana kita pula, dimanakah pengorbanan tanpa batasan dan tanpa balasan tersebut? Dimanakah persatuan hati? Dimanakah kesepaduan tindakan? Dimanakah kesamaan niat? Setiap tahun kita korbankan haiwan ternakan yang halal lagi baik untuk melaksanakan ibadah pada aidil adha tapi dimanakah pula pengorbanan kita menentang segala gejala dan unsur maksiat di sekeliling kita? Dimanakah pula pengorbanan kita untuk mensucikan, memperkuatkan, mengutuhkan, mempertahankan dan menyebarluaskan TAUHID?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa