Isnin, 17 Oktober 2011

WANITA BAKAL MENJADI PM?

Penduduk kita kini 28 – 29 juta, 30 – 35 peratus bukan Peribumi tetapi mendahului Peribumi yang berjumlah antara 65 – 70 peratus dalam ekonomi, pendidikan, profesion, separa profesional dan dalam semua bidang industri canggih, kewangan, insurans dan reinsurans.
TUKAR SELERA.  Peratusan jantina wanita dalam penduduk Malaysia berapa? Dalam 54 tahun senario politik Negara kita melihat pergelutan hebat dalam jantina lelaki untuk merebut jawatan tertinggi dalam Malaysia, Perdana Menteri. Mengambil iktibar dalam sejarah peradaban nusantara / Tanah Melayu sendiri, kita mempunyai lagenda wanita terkenal seperti Puteri Gunung Ledang, Tun Teja, Tun Fatimah dan Siti Zubaidah maka tidak mustahil seorang wanita menjadi Perdana Menteri. Orang Malaysia ini cukup simpatetik dan mudah cair dengan mana-mana wanita terutama  yang cun dan masih bergetah.Setakat pada hari ini hanya DAP-PKR menampilkan tokoh-tokoh muda wanita yang cantik manis dalam barisan pelapis kepimpinan mereka. Jauh berbeza dengan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional. Wanita seperti Cleopatra dan tokoh lagenda wanita tempatan hanya dapat dicairkan oleh tokoh lelaki berhemah dan berperibadi tinggi. Jangan terkejut jika pada saat akhir DAP-PKR-PAS akan bersepakat mengangkat Nurul Izzah sebagai calun Perdana Menteri Malaysia buat julung kalinya. Alasan ini akan dipergunakan untuk melawan DS Najib. Berdasarkan kepada saikologi budaya masyarakat setempat peluang untuk DAP-PKR-PAS menuju Putrajaya lebih cerah jika mereka memperjudikan Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri berbanding mana-mana pemimpin berusia lanjut dalam DAP-PKR-PAS. Ini dapat di lihat pada saat Nurul Izzah melawan Datuk Sharizat Jalil. Kemenangan berpihak kepada Nurul Izzah bukan kerana Datuk Sharizat Jalil tidak berkemampuan memimpin dan berbakat tetapi Nurul Izzah lebih cun dan muda daripada beliau. Ingat kesungguhan DAP-PKR-PAS untuk menawan Putrajaya adalah tinggi dan penuh komitmen berbanding GERAKAN dan MCA. DS Najib wajib memikirkan hal ini sedalam-dalamnya sebelum terlambat. Cepat-cepatlah mencari calun wanita muda yang lebih cun dan menarik daripada Nurul Izzah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

  1. hah, awek tu? che jah tu nak jadi PM... alahai... tobat!!!!

    Takyahlah, carilah orang yang lebih berkaliber, dan tahu membangunkan negara, bukan menjahanamkan negara, kalau dah takda orang yang layak, panggil TUN M balik, tak pun gabenor bank negara, depa lagi paham nak pastikan negara kekal momentum pembangunan dan ekonominya...

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa