Khamis, 27 Oktober 2011

SPR PAMIRKAN NAMA PEMILIH BARU & PAS KEDAH PAMIRKAN NAMA ORANG MISKIN YANG BAKAL DI HALAU.


PEMILIH & PEMILIK RUMAH RPA. Di Malaysia ini setiapkali berlaku satu perkara baik akan disusli dengan perkara yang tidak baik. Keduanya sama naik saja. Pagi ini kita dimaklumkan mengenai dua perkara, satu baik dan satu buruk. Pertama mengenai SPR mempamirkan nama pemilih baru dalam senarai daftar tambahan suku tahun ketiga. (Julai- September 2011). Seramai 264,404 orang pemilih baru telah didaftarkan manakala seramai 52, 215 orang telah membuat permohonan menukar alamat dan pusat daerah mengundi mereka. Kepada jentera UMNO/BARISAN NASIONAL silalah buat kerja jika ada sebarnag bantahan dan buatlah pemeriksaan dengan teliti. Jangan tidurlah. Selepas ini jika ada lagi dakwa-dakwi mengenai pengundi hantu memang sahlah yang mebuat dakwaan itu sebenarnya 'BERHANTU'. 

Perkara kedua pula mengenai PAS KEDAH buat lawak. Tak pasal-pasal hendak menghalau seramai 5,000 orang miskin yang di dakwa oleh PAS Kedah sebagai gagal membayar ansuran pembayaran rumah RPA. Ada sekur EXCO kerajaan negeri PAS Kedah (Pahrolrazi) terkena sindrom hantu. Ini semua ada kaitan dengan mengurangkan jumlah pemilih berdaftar dalam satu-satu Pusat Daerah Mengundi, DUN dan Parlimen. Jangan memangsakan bangsa sendiri lah. Cukup-cukuplah menzalimi dan menyusahkan orang Melayu. Kenapa tak menghalau saja mana-mana pemilik tanah di bandar yang tak bayar cukai pintu dan cukai taksiran?



Kesimpulan: Permainan politik dap-pas-pkr selama 3 tahun ini terlalu banyak sangat mengikis kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Kepentingan orang Melayu semakin mengecil berbanding dengan kepentingan orang Cina dan India yang menajdi penyokong kuat kepada dap-pkr-pas. Bayangkanlah orang Melayu yang berada di atas pagar paling banyak menerima musibat akibat permanan kotor jijik dan keji dap-pkr-pas. Sampai bilakah pemimpin berotak udang dan lumbu dap-pkr-pas akan sedar?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa