Isnin, 3 Oktober 2011

KENALI MUSUH BUKAN BERMUSUH. NASIHAT UNTUK SEMUA.


Dalam peperangan samada menggunakan senjata dan peluru atau hanya bersenjatakan 'laptop' dan internet, kita wajib KENAL SIAPA MUSUH.

Pertama, kita wajib ada ILMU MENGENAL MUSUH. ILMU MENGENAL ini di sebut dalam bahasa Arab sebagai ILMU HAKIKAT. Kita perlu tahu TAKRIF & TAFSIR perkataan MUSUH. Ciri-ciri musuh. Sifat-sifat musuh. Jenis-jenis musuh. Sudah tentulah panduan dan penilaian kita berdasarkan kepada al Qur'an dan Hadis.

Ada tiga jenis kategori musuh mengikut al Qur'an dan Hadis.

Pertama, MUSUH YANG NYATA, yakni iblisetanirojim laknatullah. Ini jelas. Kita kena kenal siapa iblisetanirojim laknatullah ini. Bagaimana modus operandinya. Apakah kelemahannya dan bagaimana hendak mengatasinya. 

Kedua, MUSUH ISLAM yakni kafir Harbi / puak SATANISMA. Termasuk dalam kategori ini ialah DAJAL AL MASIKH dan perkumpulannya. 

Ketiga, MUSUH DALAM SELIMUT yakni puak munafiquun, MUSANG BERBULU AYAM, GUNTING DALAM LIPATAN dan perisik serta agen pihak MUSUH. Kelompok ketigalah yang paling kerap kita hadapi akibat pengaruh daripada MUSUH YANG NYATA. Ada diterangkan di dalam hadis mengenai ciri-ciri munafiq tetapi bila seseorang itu meninggalkan sifat-sifat tersebut, orang itu bukan lagi dalam kategori itu melainkan jika kembali semula kepadanya.

Selain daripada kategori di atas, mana-mana pihak bukanlah MUSUH tetapi hanyalah PESAING sahaja. Apakah yang di tuntut dalam ISLAM dalam menangani PESAING dan PERSAINGAN?

Dalam sebuah hadis sahih dikatakan bahawa baginda Rasullullah s.a.w. menyebutkan bagaimana hendak menjadikan PERSAINGAN itu sihat di mana pihak yang tidak berpuashati wajib menjadikan kejayaan pesaing yang dicemburui itu sebagai pemangkin kepada kejayaannya. Tidak di tuntut menjadikan PESAING sebagai MUSUH. Ini jelas.

Dalam isu terbaru mengenai sebuah klip video skandal seks seorang pemimpin yang menjadi Ketua Bahagian di sebuah negeri di Pantai Timur, sudah terdapat PERSAINGAN antara dua pihak.

PERSAINGAN tersebut bakal merugikan BARISAN NASIONAL terutama UMNO. Ini semua berpunca semata-mata kerana sikap pemimpin-pemimpin terbabit dalam negeri tersebut yang berlumba-lumba hendak mencari pengaruh. Akhirnya, pihak tentera menjadi mangsa keadaan dalam perkecohan tersebut.

Kepada kedua-dua belah pihak, fikirlah sedalam-dalamnya dan semasak-masaknya perkara ini. Jangan mulakan PERANG SAUDARA SESAMA SENDIRI. Hambe berkecuali dalam perkara ini tetapi akan bertindak sebagai PENDAMAI.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa