LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA. Hangat diperkatakan mengenainya samada lapuran berkenaan perjalanan kewangan di peringkat kerajaan Pusat mahupun di peringkat kerajaan negeri. PAC bakal menjalankan siasatan terperinci dan pada kali ini kita mengharapkan agar kakitangan perkhidmatan awam atau sesiapa saja yang tidak amanah dalam mebelanjakan wang negara wajar dikenakan tindakan disiplin yang amat keras. Amaran lisan dan bertulis tidak mencukupi. Kerajaan Pusat sememangnya amat cepat dan berani bertindak membaiki segala kelemahan jentera pentadbiran dan agensi-agensi pusat. Namun kita amat kesal kerana kerajaan negeri seperti Kelantan dan Selangor tidak mengambil sebarang tindakan berani untuk memperbaiki kelemahan yang ada walaupun di tegur oleh Ketua Audit Negara. Sebolah-bolehnya mereka (dap-pkr-pas) mahu menyembunyikan segala tindakan penyalahgunaan dan penyelewengan yang berlaku dalam urustadbir kewangan negeri-negeri. Episod Lapuran Ketua Audit Negara pada kali ini memang hebat dan impaknya begitu besar. Kita melihat dua perkara yang amat jelas yakni:-
- Kerajaan Pusat tidak menyembunyikan sebarang kecacatan dan kelemahan urustadbir kewangan sebaliknya mengambil langkah memperbaikinya dengan kadar segera. Inilah amalan kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan yang sebenar. Tidak hanya pada perkataan tetapi dizahirkan kepada perbuatan.
- Kerajaan negeri Kelantan & Selangor berdiam diri dan tidak melakukan sebarang pembaikan mahupun penjelasan sebaliknya hanya menuding jari ke arah kerajaan Pusat. Semestinya amalan seperti ini membawa kepada suburnya amalan nepotisma, kronisma dan rasuah berleluasa. Dap-pkr-pas tidak ada komitmen untuk menajdi sebuah pentadbiran dan kerajaan yang berkredibiliti, berakauntabiliti dan telus.
Rakyat semakin pandai menilai dan melihat bagaimana cara pentadbiran BARISAN NASIONAL dengan dap-pkr-pas beroperasi dan cara tindakan mereka. Sejak tiga tahun ini dap-pkr-pas semakin mendapat markah demerit. Lagipun sibertruper pro UMNO/ BARISNA NASIONAL semakin hebat. Diperkuatkan lagi dengan komitmen tinggi barisan kepimpinan BARISAN NASIONAL menunjukkan contoh teladan dan mengotakan janji-janji. Manakala saf pakatan pimpinan dap-pkr-pas masih menjual janji-janji kosong.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa