Rabu, 5 Oktober 2011

JOM BELI UNDI KAK WAN AZIZAH SEDIAKAN RM220 BILLION.

Ni kira deposit tau akaq beli undi ..
Akaq dah sediakan RM220 Billion






Tak usah lah kata Pakatan 'Tipu' Rakyat tak membeli undi. Rasuah Politik pasal membeli undi ini amalan darah daging DAP-PKR-PAS. Di Galas, Pok Nik kantoi membeli undi orang Asli untuk menutupi kelemahan dasar perlaksanaan Ladang 'Wakil' Rakyat. Guan Eng membeli undi orang Cina melalui pengisytiharan 'Hapuskan ISA' dan 'Hapuskan Kuota' . PKR membeli undi pihak atas pagar melalui pembayaran 20ml air, polisi MES, penjualan aset-aset Yayasan Selangor dan banyak lagi. DAP pula membeli undi orang Melayu melalui pemberian wang RM100, menaikkan elaun imam dan membayar kos perubatan Mat Syabu!

Barisan Nasional di tuduh oleh Pakatan 'Tipo' Rakyat mengamalkannya juga. Tuduhan itu bertujuan menyaingi Barisan Nasional dalam meraih undi. Difikirkan dan dipertimbangkan, amalan-amalan yang dilakukan oleh kesemua parti politik sebelum, semasa dan selepas pilihanraya banyak menguntungkan rakyat. Ya la rakyat pun sudi menerimanya yea tak? Secara tak langsung rakyat sendiri yang 'menjual' undi. Cuma terpulanglah kepada kelompok pengundi samada hendak menjual kepada pembida tertinggi atau hanya menerima saja.

Paling cerdik dalam permainan ini adalah kelompok pengundi Cina samada di luar bandar atau di bandar. Pengundi Cina lebih banyak 'menjual' undi mereka untuk mendapatkan polisi-polisi yang menguntungkan mereka. Berbanding dengan pengundi India dan Melayu yang rata-rata melejeh air liur untuk mendapat 'projek'. Pada kali ini mungkin pengundi Melayu dan India perlu tukar strategi pemasaran penjualan undi mereka. Jual undi anda untuk mendapatkan semaksimum 'projek' dan 'polisi' yang menguntungkan! Kita patut mengujinya dan kita lihat pihak mana yang lebih berani menggadaikan maruah parti politik mereka.

'UNDILAH' bermakna 'BELILAH' dan 'JUALLAH' undi anda. Persoalannya kelompok pengundi manakah yang lebih pintar dalam strategi pemasaran 'penjualan' undi mereka. Hamba hendak 'menjual' undi hamba kepada pembida yang sanggup menjadi Pemerintah Adil Saksama. Harga Pembelian RM220 Billion Pakatan 'Tipo" Rakyat tidak menarik langsung hati hambe kerana tiada pakej Pemerintah Adil Saksama. Hamba buka bidaan sekarang .....

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa