Khamis, 6 Oktober 2011

IMBAS KEMBALI. BARISAN NASIONAL PILIHAN KHALID G.

Akaq ingat nak pakoh BN lah pada kali ini ......

Anda tentu ingat mengenai kejadian di Ijok semasa kempen pilihanraya 2004. Sebelum Khalid G terpilih menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan yang pada mulanya dijanjikan kepada Dato Hasan Ali. Manifesto PKR-PAS pun menampilkan wajah Dato' Hasan Ali dengan Khalid G. Kononnya, jika Pakatan 'Tipo' Rakyat menang di Selangor, Dato' Hasan Ali akan di lantik menjadi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar di sandang oleh Khalid G manakala DAP akan diberikan jawatan speker DUN.

Setelah menang, Khalid G di lantik menjadi Mneteri Besar. Manakala jawatan Timbalan Mneteri Besar menjadi perkecohan antara DAP dengan PAS. Akhirnya, Dato Hasan Ali diketepikan dan begitu juga ADUN DAP yang di sebut-sebut YB Manokharam. Komposisi kerusi di Selangor ialah PKR 15, DAP 13 dan PAS 8.

Sehingga kini pentadbiran di Selangor lebih banyak dikuasai oleh DAP berbanding PKR. Apa nasib PAS di Selangor? PAS hanya memegang portfolio yang tidak penting.Manakala DAP menguasai kesemua portfolio penting! Inilah nasib PKR-PAS dipermainkan dengan begitu licik oleh DAP. Ramai tidak menyedarinya.

Pada hari ini kita melihat bagaimana perkecohan antara Dato' Hasan Ali dengan DAP semakin meruncing sehinggalah membawa kepada isu DUMC. PKR sentiasa menyebelahi DAP sedangkan semasa Anwar IBrahim kelemasan kerana kes liwat ke 2 , PKR menyembah kaki PAS meminta pertolongan.Tetapi PKR tidak pernah anggap PAS penting sebaliknya sentiasa memberikan sokongan kepada DAP.

Mungkin kerana itulah semasa berkempen di Ijok pada 2008, Khalid G TIDAK MELAKUKAN KESILAPAN LIDAH! Lihat video di bawah ini.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa