Jumaat, 21 Oktober 2011

HIMPUN -KONTRADIKSI ANTARA AGAMA DARIPADA DAP..



HIMPUN. Kepimpinan PAS PUSAT nampaknya semakin terjerat dengan permainan politik dan strategi licik DAP. Hamba berani mengatakan bahawa PAS PUSAT telah sengaja dijeratkan oleh DAP agar bertindak balasa ke atas isu DUMC. Melalui HIMPUN, PAS cuba menaikkan imejnya semula sebagai pejuang dan harapan kepada umat Islam. Melihat kepada logo HIMPUN pun kita sudah dapat menyimpulkan bahawa ianya adalah gerakan dalam gerakan sulit komplot tertentu PKR-PAS. Dalam isu Murtad nampaknya DAP baka meraih untung lagi dalam perbatuan politik. Selepas HIMPUN angan terkejut jika tiba-tiba ada pemimpin PAS PUSAT bersuara mempersoalkan dan mempertikaikan HIMPUN. Ini bertujuan menajamkan lagi kontradiksi dalaman DAP-PKR-PAS sekaligus memberikan tekanan kepada Institusi Raja-raja.Arahtuju isu DUMC ini akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh kelompok Pluralisma dan DAP untuk dijadikan alasan kepada penubuhan Jawatankuasa IFC. Kemungkinan besar selepas ini pembukaan akan dilakukan bagi penubuhan Biro atau Agensi yang bertanggungjawab kepada agama-agama lain sepertimana yang dinikmati oleh agama Islam. Bila ini terjadi bermakna agama Islam dengan agama-agama lain sudah disamaratkan martabatnya. Kita boleh menjangkakan bahawa isu HIMPUN ini akan dibahsakan di dalam Parlimen. Seterusnya ini bakal membuka pintu kepada perbincangan mengenai agensi baru untuk urusan hal ehwal agama-agama lain.Bajet 2013 nanti bakal menyaksikan bagaimana peruntukan-peruntukan baru untuk agensi baru. Ini kemungkinan dna telahan hamba. Bermakna fungsi-fungsi dan peranan Institusi Raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan semakin diperkecilkan lagi. Begitu juga dengan martabat agama Islam. Kenapakah kita begitu mudah diperdayakan oleh DAP dalam strategi politik mereka bagi mencapai matlamat BUKU JINGGAY? Tidakkah tindakan proaktif bagi menyelamatkan Akidah umat Islam ini ialah memperhebatkan lagi ukhuwah sesama Islam dan memenuhkan masjid-masjid dan surau-surau dengan solat berjemaah pada setiap waktu solat? Tidakkah tindakan itu lebih efektif dan berkesan? Tidakkah itu sebuah HIMPUN yang diwajibkan ke atas semua umat Islam? Fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa