Isnin, 10 Oktober 2011

FIKIRKAN KENAPA KAK WAN JIJAH JADI LONGLAI MENGENAI DEFISIT SELANGOR & RM39,403.00

 
->Khalid ! Awat angpa jadi lagu ni? Negeri dok defisit ... Cabang punya dok celaru .. ang buat apa? Ang buat keja tak betoi lah

Saya .. aaa .. aaaa ...aaaa ... Tak .
tak ... tau ..tanya bang Nuo lah..



Fikirkan, selepas berfikir, fikirkan lagi. Andaikata anda menjawat jawatan Presiden PKR apakah tindakan anda? Selaku Presiden PKR bila anda mengetahui adanya pemimpin parti berjawatan Menteri Besar dan ahli keluarga anda adalah Penasihat Ekonomi Negeri gagal mengurus tadbir kewangan? Kegagalan mengurus tadbir kewangan sebuah negeri dan sejumlah wang RM 39,403.00 sebuah Cabang (Bahagian).Apakakah anda fikirkan mengenai kegagalan tersebut? Terlintaskah di fikiran anda persoalan kemampuan parti untuk mengurus tadbir kewangan negara yang berjumlah RM 220 bilion? Apakah kisahnya ini?

Kisahnya mengenai defisit kewangan Selangor yang semakin meruncing. Apakh faktanya: Faktanya seperti berikut:-

1. Pada tahun 2008 defisit negeri Selangor berjumlah............RM 48 juta.
2. Pada tahun 2009 defisit itu meningkat kepada....................RM 65.5 juta.
3. Pada tahun 2010 defisit semakin meningkat kepada..........RM 144 juta.
4. Pada tahun 2011 dijangka bertambah meningkat..........RM 200 juta!

Apa sudah jadi? Dimanakah perlaksanaan slogan perbelanjaan berhemah? Jimat cermat? Ke mana wang itu lesap? Ke dalam poketkah? Ke dalam akaun di luar negerikah? Ke mana pertanggungjawaban?

Itu mengenai defisit negeri Selangor di bawah PKR. Bagaimana pula dengan kewangan Cabang Kuala Selangor? Melibatkan juga ahli PKR berjawatan Menteri Besar. Siapa lagi kalau bukan Abdul Khalid G. Kali ini jumlahnya terlalu kecil hanya RM39,403.00 pun timbul pertikaian. Pertikaian apa?

Pertikaian mengenai pengesahan tandatangan Pemeriksa Kira-kira Penyata Kewangan Cabang itu dari temppoh 1hb Januari sehingga 31hb Disember 2010 yang tidak di audit oleh mana-mana juruaudit. Perlembagaan PKR menetapkan Pemeriksaa Kira-kira hendaklah ahli yang bukan memegang jawatan.. Apa yang  berlaku?

Didapati Perlembagaan Parti itu telah dimungkiri kerana Pemeriksa Kira-kira adalah ahli yang memegang jawatan dalam parti! Terdapat percubaan mendapatkan tandatangan daripada ahli lain tetapi di tolak oleh ahli itu tanpa terlebih dahulu memeriksa segala bukti-bukti resit.

Penyata Kewangan itu tidak diluluskan dan suatu usul tergempar dipersetujui tanpa di bahas oleh semua hali termasuk Abdul Khalid G sendiri. Jika terdapat penyelewengan tindakan susulan kepada pihak berkuasa akan di ambil. Ini bermakna kemungkinan besar, Cabang PKR Kuala Selangor berhadapan dengan penutupan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Apakah pendapat anda mengenai dua hal berkaitan urustadbir kewangan oleh PKR yang selama ini masuk bakul angkat sendiri? Pada pendapat hamba, kegagalan PKR mengurustadbir kewangan dari peringkat kecil (Kewangan Cabang Kuala Selangor) hingga ke peringkat besar (Kewangan Negeri) menjadi bukti sahih bahawa PKR tidak layak dijadikan pemerintah mana-mana Negeri dan di peringkat Pusat. Kewangan Cabang sendiri pun caca marba bagaimana hendak uruskan kewangan negara? Yea tak? Itu baru PKR, DAP dan PAS pula? Sungguh mengerikan dan menyeramkan! Banyak sangat 'Hantu Duit'!


TEPUK DADA TANYA IMAN!


3 ulasan:

  1. dah itu kehendakan mejoriti rakyat selangor
    lantak pi lah dia biar lingkup negeri selangor
    rakyat yang tak tahu bersyukur kepada allah

    BalasPadam
  2. Bukan ke Khalid Gagap semasa lawatan rasmi SPB Yg Dipertuan Agung ke Selangor, beliau memberi taklimat kpd Tuanku yg Reserve Tunai Negeri Selangor berjumlah RM1.2 billion. Aik, mana satu yg betul ni, lu kata defisit, MB gagap kata reserve tunai berbillion.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa