Dan bagaimana engkau akan bersabar ke atas perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi
(ayat 68 Surah Al Kahfi- Peringatan daripada Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.)
Tun Dr Mahathir (TDM) telah mengeluarkan Amaran mengenai bahaya kontradiksi dalaman yang sedang berlaku di dalam UMNO. Amaran TDM ini yang dikehendaki oleh Pakatan Tipo Rakyat sepertimana yang di tulis oleh pemikir mereka yang menulis:
Kontradiksi-kontradiksi kecil didalam parti ini menjadi besar dan bertambah tajam. Umum mengetahui tentang Muhyiddin Yassin yang memiliki cita-cita untuk duduk di kerusi Presiden party. Ini bukan dongeng. Ini realpolitik. Politik jalan raya 9 Julai dahulu telah menajamkan lagi kontradiksi antara Najib dengan Muhyiddin.
Umum tidak mengetahui bahawa kontradiksi antara DS Najib dengan Muhyiddin sebenarnya tidak wujud. Tetapi pemikir Pakatan Tipo Rakyat sengaja menimbulkannya bagi mengujudkan kontradiksi di antara ahli-ahli UMNO. Bila kontradiksi berlaku sudah tentulah satu suasana dialektika akan terhasil. Di mana mereka mengharapkan akan berlakunya satu perubahan.
Pemikir Pakatan Tipo Rakyat mengambil kesempatan membina sebuah persepsi kononnya berlaku kontradiksi berdasarkan kepada perbezaan pendapat yang berlaku dalam pimpinan UMNO, menulis:
Pemikir tersebut berusaha menimbulkan persepsi berlakunya kontradiksi di kalangan pemimpin UMNO dengan menaburkan Fitnah ke atas mereka. Fitnah itu di tulis:Kontradiksi didalam United Malay National Organisation semakin meruncing. Perbalahan antara mereka sesama sendiri semakin dilihat jelas oleh umum. Najib sesudah 9 Julai kelihatan lebih terpinggir. Kontradiksi ini telah menjemput sosok-sosok yang telah diketepikan atau dinafikan projek oleh Najib menjadi berani untuk bersuara. Mereka mula berkumpul di bawah payung Muhyiddin. Semua ini tidak akan berlaku jika tidak ada politik jalan raya 9 Julai dahulu.
Sesudah 9 Julai kita lihat bagaimana Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah memiliki pandangan yang berbeza dari Najib. Kita juga lihat bagaimana Muhyiddin sendiri tidak berkata apa apa tentang Bersih. Tuduh menuduh ini semakin kalut apabila Hishamudin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa telah diberikan kepada pihak polis untuk menangani dengan cara polis. Hishamudin kemudian diikuti pula oleh sepupunya. Satu minggu sebelum 9 Julai kelihatan Malaysia telah menjadi negara anak bini dan sepupu. Kontradiksi yang dibawa oleh tunjuk perasaan 9 Julai semakin tajam.
Akhirnya pemikir Pakatan Tipo Rakyat itu menampakkan NIAT JAHAT mereka dengan menulis:-
Apa yang saya gambarkan disini ialah politik jalan raya dan tunjuk perasaan telah melahirkan kontradiksi dikalangan elit politik. Lebih lama demonstrasi berlaku lebih tajam kontradiksi yang akan mucul dikalangan elit politik, elit ekonomi dan elit tentera. Apabila orang ramai semakin berani bersuara dan anak anak muda terus keluar ke jalan raya maka semua ini akan menjadi tekanan kepada elit politik. Tekanan ini menjadi kontradiski. Kontradiksi ini akan pecah apabila elit politik akan mula tuduh menuduh sesama sendiri.
Memecahbelahkan manusia adalah perkara yang di larang dalam ISLAM. Ternyata Pemikir tersebut bukanlah orang Melayu tetapi ahli politik DAP. Ini berdasarkan kepada Sasaran Utama nya ialah pemimpin UMNO yang di anggap sebagai Elit. Hanya seorang Sosialis Tegar akan membicarakan kontradiksi, kelas elit dan dialektika dengan gaya penyampaian sedemikian.
Justeru itu, DAP merupakan unsur yang paling merbahaya kepada keamanan dan kesejahteraan negara. Memecahbelahkan Perpaduan Melayu adalah TEMA UTAMA perjuangan DAP. Jadi adakah semua mahu memberikan sumbangan dan menjayakan PERJUANGAN DAP tersebut? Fikirkan.
TEPUK DADA TANYA IMAN
ADAKAH MCA MENYUMBANG KEPADA PERPADUAN MELAYU. Tidak banyak yang dilakukan oleh UMNO untuk perpaduan Melayu selain dari maksud memperkuatkan diri sendiri. Sebelun ujud PR, apa yang UMNO lakukan terutama diera Mahathir adalah cuba menghapuskan terus PAS malah mencekik Kelantan agar kembali berlutut. Jangan cakap perpaduan Melayu kalau hanya berniat untuk korbankan pihak lain sebagai mangsa. Mengapa jadikan DAP sebagai sasaran mudah untuk dapat sokongan Melayu, kalau tak dapat kendalikan MCA yang terang-terang mencabar UMNO secara sinis. Berhentilah menyogok berita penuh manipulasi dan muslihat jahat. Lebih baik hormati kebolehan pembaca berfikir dan membuat pilihan dengan berita benar yang adil. Kebanyakkan pembaca miliki sekurang-kurangnya 1 ijazah. Hormati pembaca.
BalasPadam