Ahad, 2 Oktober 2011

DIMANAKAH SILAPNYA MCA?


Hari ini persidangan MCA ke 58. DS Najib telah memberikan ucapan tanpa teks menyentuh peranan MCA di dalam BN. Presiden MCA masih tidak mampu mencari penyelesaian masalah dalam MCA. Wanita MCA membuat tuntutan yang tidak membantu kekuatan parti. Dimanakah silapnya MCA?

DAP memainkan label ke atas MCA. Label-label seperti UMNO ' Taiko' MCA, pak turot UMNO. MCA tidak berperanan dalam membuat keputusan polisi kerajaan. MCA hanya mengikut kata UMNO dan MCA di buli UMNO. Dakyah-dakyah DAP ini MCA gagal menangani dnegan baik. Begitu juga GERAKAN. Ianya kekal sebagai STIGMA kepada MCA dan GERAKAN.

Apa yang MCA perlu lakukan? MCA perlu berubah. Polisi-polisi dan dasar perubahan MCA perlu jelas. Jangan jadi seperti Ayam Kena Penyakit Sampar. MCA dan GERAKAN perlu menyatakan kepada rakyat apakah perjuangan mereka bersama BN. Mereka perlu melakukan gerak kerja dan penerangan lebih mantap.Bukan setakat menumpang ide-ide polisi DAP.

MCA dan GERAKAN perlu menyaingi DAP dengan sepenuh hati mereka.Mereka perlu memenangi semula hati pengundi Cina. Pendekatan inklusif amat perlu MCA dan GERAKAN tunjukkan dengan jelas. MCA kini kelihatan ketandusan segala-galanya. 

Punca masalah utama komuniti Cina kerana semangat kecinaan mereka masih terlalu menebal dan bersikap ekslusif. Mereka masih tidak lagi membuka sepenuhnya ruang-ruang kepada kaum-kaum lain. Mereka juga masih lagi terlalu terpengaruh dengan budaya barat.Mereka juga kelihatan enggan menerima dan menghormati budaya kaum-kaum lain. Disinilah MCA perlu memainkan perubahan besar. Jika MCA berjaya memperlihatkan kelainan daripada DAP, sudah pasti pengundi Cina kembali kepada mereka. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa