Jom kita dengar apa komen Tun Dr Mahathir (TDM) mengenai Bajet Lelong RM220 billion Pakatan Haramjadah. TDM dengan sinis berkata :-
Dulu depa janji bulan dan bintang .. La nie depa janji nak belanja duit takda
Senang nak belanja duit yang kita takde. (Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja. Kita boleh buat apa pun janji mahu beri 20% royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan boleh menang (pilihanraya). Ini biasa malah Obama berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (pusat tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah.Sekarang kita dengar pula komen Datuk Seri Noh Omar , Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Komen Datuk Seri Noh Omar seperti berikut:-
Cukup-cukuplah Nuo ko bohong ........
Kita dah beri banyak (subsidi) .....gula, beras, minyak, kerajaan dah bagi subsidi. Namun kita tak buat promosi mengenai apa yang dah kita buat dan biarkan rakyat rasa seolah-olah tak dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan.
Macam di Selangor dululah, nak beri macam-macam tapi akhirnya tak buat juga. Sepatutnya mereka bantulah sikit-sikit tapi tak laksanakan apa yang dijanji dalam manifesto parti itu.
Pembangkang perlu praktikal, baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah. Tak mudah memerintah .... yang betul-betul macam Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)
Itu betul sebab apa yang Perdana Menteri cakapkan dilaksanakan dan bukan hanya sekadar menyedapkan telinga pendengar.
Saya dah Campurtangan ... yeeehakkkk !
Pakatan Haramjadah menyediakan Bajet Lelong RM220 Billion untuk tujuan apa dan disasarkan kepada siapa sebenarnya? Jika anda meneliti satu persatu secara terperinci bajet tersebut, terlalu banyak ruang kosong tanpa perincian ke atas angka-angka yang diberikan. Data-datanya terlalu selektif dan tiada penerangan lanjut diberikan mengenai data-data tersebut. Terlalu prejudis dan tidka praktikal.
Rasionalisasi yang diberikan di dalam Bajet lelong RM220 Billion tersebut terlalu umum dan bersifat logik mudah.Perbandingan jumlah subsidi kepada GLC dan IPP tidak dinyatakan justifikasi rasionalisasi kenapa Kerajaan Barisan Nasional melakukannya. Ianya tidak memberikan gambaran sebenar amalan pemberian subsidi.
Anda berfikirlah secara waras dan rasional. Banyak bertanya kepada yang lebih tahu. Jangan hanya menilai kulit sahaja. Pecahkan ruyung baru dapat sagu nya. Pecahkan kotak pemikiran logik mudah barulah anda nampak rasionalnya apa yang kerajaan Barisan Nasional lakukan selama ini.Barulah anda nampak betapa tidak rasionalnya Bajet Lelong RM220 Billion Pakatan Haramjadah punya.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa