USTAZ SAIDI. Bekas Ketua Keselamatan PAS. Di dalam pendedahannya beliau mengakui di hantar PAS Pusat unutk menjalani latihan para-militan di Selatan Thai sebagai memenuhi syarat menjadi pasukan keselamatan PAS. Di sebut juga mengenai Interpol Politik PAS. Banyak maklumat yang beliau dedahkan mengenai kegiatan-kegiatan tajaan PAS Pusta yang bersifat militan. Apakah sebenarnya niat dan maksud PAS PUSAT menyediakan latihan para militan kepada ahli-ahlinya yang terpilih? Ini mengingatkan kita mengenai kejadian Al Mau'nah tidak lama dulu. Maklumat ustaz Saidi juga mengimbaukan kembali peranan arwah Ibrahim Libya dalam insiden Memali. Hamba yakin pihak keselamatan negara tahu mengenainya Justeru itu kadangkala kita melihat kerajaan Barisan Nasional begitu berwaspada dan berhati-hati dalam menangani PAS. Terfikir juga hamba mengenai persoalan-persoalan berbangkit seperti adakah DAP dan PKR turut mempunyai kegiatan-kegiatan subversif sama seperti PAS? Apakah peranan yang boleh kita lakukan untuk meneutralisasikan semua unsur-unusr subversif yang ada pada PAS-DAP-PKR? Ya lah takkan kita hanya mengharapkan pihak keselamatan sahaja. Kita juga mampu memainkan peranan penting dalam meneutralisasikan anasir-anasri subversif. Terlintas satu jawapan mudah, eloklah kita menghindari daripada menyertai sebarang demonstrasi jalanan seperti BERSIH dan tidka melayani provokasi-provokasi PAS-DAP-PKR. Betul tak?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Latihan gerak kerja subvesif dah ada latihannya. Kini mereka memerlukan keadaan kecoh sahaja untuk gerakan itu mengambil peranan. Maka kita semua kenalah mengelak dari memberi ruang untuk kesempatan begitu.
BalasPadamkenapa perlu hairan dan terkejut , ianya memang benar ! pas dah lama mewujudkan kem latihan unit keselamatnnya , manakala DAP menubuhkan kem 'askar'nya dilama maya , dalam risalah dan twitter , dalam Fb dan blog berbahasa Cina ,
BalasPadamPKR menubuhkan agen2 dan kader2nya dikalangan anak muda , anak muda dihasut dan diracun fikiran mereka , disogok dengan pelbagai cerita bohong dan sensasi , tahap pertama sebagai bukti lihatlah kalangan mahasiswa yg gila itu ,
pendek kata , pembangkang sudah lama bergerak dalam nama NGO , dalam nama persatuan , dalam nama majlis amal , dalam nama perniagaan dan pertubuhan lain , mereka ada didalam dan luar negara ,
bayangkan jika negara ini ditawan pembangkang , apa akan berlaku pada bangsa ..agama dan negara ? sebagai warganegara yg setia , aku sanggup berputih tulang demi negara ini , jika aku ada 10 nyawa , kesemuanya aku serahkan kepada negara !!!