Anda Sebagai Pemilih Berdaftar Pilihlah Mana Satu Anda Mahu
Sebuah Pemerintahan Ala Fir'aun atau
Sebuah Pemerintahan Adil Saksama.
KISAH BETUL & CEREKA. Sejak bermulanya 'Perang Sabil' yang diisytiharkan oleh ketua rahib wanita sosialis religus bernama Teresa Kok akan segala tok siak dan lebai malang PAS fikir ini negara sudah mereka punya. Gereja bernama DUMC adalah sebuah gereja sel bagi kongregasi puak sosialis religus yang mendukung doktrin Pembebasan Teologi. Doktrin tersebut bercanggah dengan dogma kristian ortodoks. Kongregasi ini mencampuradukan aspirasi kepercayaan agama dengan politik sepertimana puak PAS. Penganut kristian di Malaysia tidak sampai pun 8%. Majoriti penganut kristian di Malaysia terdiri daripada etnik Cina dan India. Mereka juga terpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan kristian sosialis religus bergerak di bawah pergerakan Methodist. Jauh bezanya Methodists dengan Roman Katolik. Namun kerana mereka merupakan minoriti mereka bersatu di bawah DAP. Selama ini mereka mencari lampu ajaib Aladdin. Akhirnya apabila Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia mereka ketemulah lampu ajaib Aladdin idaman hati mereka. Anwar Ibrahim adalah manifestasi dan infestasi kepada aspirasi sosialis religus, Kecenderungan Anwar Ibrahim kepada pluralisma kerana beliau menyedari 'Rahsia Nafsu Syahwat Songsangnya' sudah terbongkar.
Dan bermulalah pelbagai episod yang anda saksikan pada hari ini. Pentas politik dan dunia Malaysia di goncang hebat oleh para politikus yang memainkan peranan seperti Jin-jin dalam lampu ajaib Aladdin. Pihak PAS sudah lama memainkan peranan tersebut dan kini selangkah maju ke hadapan dengan memainkan peranan 'Wakil Tuhan'. Surga dan neraka, pahala dan dosa, halal dan haram serta segala nilai agama mereka yang menentukan. Mereka menjadi TUHAN sama seperti Fir'aun zaman Nabi Musa alaihis-salam. Mereka sanggup berjanji bermacam-macam perkara yang tidak masuk akal dan di luar kemampuan mereka sendiri. Apa mereka peduli pun kerana mereka telah menyuburkan budaya kultus peribadi ke atas penyokong mereka. Menyedari umat Islam dalam bahaya maka sebahagian kecil daripada kelompok tersebut bermufarakah daripada kepimpinan Pusat.Maka timbulah aspirasi HIMPUN. Hamba percaya HIMPUN tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Akhirnya pertembungan hebat bakal berlaku jika jin-jin dan wakil tuhan serta manusia tuhan DAP-PKR-PAS masih tetap berdegil meneruskan peranan mereka. Kita saksikan nanti.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa