SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DARI 1 OGOS SAMPAI 16 SEPTEMBER, eloklah kita buka kembali lipatan sejarah dan berhujah dengan puak-puak tolol Pakatan Sosialis Pro Komunis mengenai PEJUANG KEMERDEKAAN. Kita kaji dan analisa hujah-hujah dangkal mereka dan patahkan semangat mereka dengan hujah-hujah yang mudah di terima akal.
Terus terang JS katakan, tidak perlu menyingkap jauh ke dalam sejarah yang ada untuk kenal siapa pejuang kemerdekaan dan siapa bukan. Kalau setakat Mat Indera itu buatlah perbandingan dengan sejarah Kiai Salleh.
Isu mengenai AMCJA -PUTERA dan deraf Perlembagaan Rakyat 1947, kajilah siapa anggota-anggota AMCJA-PUTERA itu dan selidiki apakah yang diperjuangkan oleh AMCJA-PUTERA serta HARTAL 1947. Berikut saya petik mukasurat pertama CADANGAN PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947 yang disediakan oleh AMCJA-PUTERA.
JELAS AMCJA-PUTERA BERJUANG UNTUK MENDAPATKAN HAK-HAK POLITIK SAMARATA DAN BUKANNYA BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN
Terjemahan Bebas dari perenggan di atas :-
" Realisasi implikasi (kesan-kesan) Perjanjian Mc Micheal (Kesatuan Malaya) dan Perintah Kesatuan Malaya dalam Majlis 1946 telah membawa penentangan hebat di pihak orang Melayu yang keistimewaan-keistimewaan mereka terjejas teruk. (berbanding keadaan sebelum Perang Dunia ke 2) apa yang mereka (orang Melayu) fikirkan sebagai cubaan kerajaan British mengambil kesempatan ke atas keadaan yang tidak menentu pada waktu itu (1945-1946) mengurangkan kuasa-kuasa kedaulatan Raja-raja Melayu."
Komen JS : Penentangan Melayu terhadap Kesatuan Malaya (Malayan Union) bukan sahaja kerana kuasa-kuasa kedaulatan Raja-raja Melayu dikurangkan. Tetapi juga kerana menentang menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan British 100%. Ini bermakna orang Melayu tidak ada lagi perlindungan daripada Raja-raja Melayu. Bukankah ianya turut menjejaskan kepentingan rakyat Raja?
Jelas dari nada tersebut, AMCJA-PUTERA berjuang untuk mengekalkan Sistem KESATUAN MALAYA (MALAYAN UNION) yang menjadikan TANAH MELAYU sebagai TANAH JAJAHAN BRITISH sepenuhnya.
Ternyata AMCJA-PUTERA adalah suara rakyat British yang bersaing dengan suara Rakyat Raja Melayu. Antara keduanya sudah tentulah suara rakyat British yang setia seperti AMCJA-PUTERA tidak menuntut kemerdekaan.
"Penentangan tersebut dikepalai oleh wakil-wakil aristokrasi Melayu yang kedudukan istimewa mereka terjejas teruk akibat perjanjian McMicheal"
Komen JS: Di sini sudah jelas tuduhan melulu kepada kepimpinan UMNO yang telah di label sebagai ARISTOKRAT MELAYU sama seperti labelan pada hari ini. Label tersebut telah diberikan oleh golongan Melayu berhaluan kiri kerana pengaruh komunisma.
Sedangkan kepimpinan UMNO majoritinya adalah rakyat biasa saja.
"Parti-parti politik Melayu progresif yang menyertai kempen penentangan tersebut atas dasar skim Kesatuan Malaya telah dikuatkuasakan secara tidak demokratik yang menyediakan sebuah perlembagaan yang tidak demokratik dan memisahkan Singapura dari Malaya."
Komen JS : Di sini AMCJA-PUTERA memutarbelitkan fakta sejarah dan memberikan suatu gambaran samar mengenai kelompok Melayu. Jarum halus telah di cucuk oleh mereka untuk memecahbelahkan Melayu melalui labelan MELAYU ARISTOKRAT dan MELAYU PROGRESIF.
Sedangkan penentangan UMNO terhadap KESATUAN MALAYA adalah kerana bersatunya suara Melayu menentang Malayan Union atas sebab-sebab Malayan Union mahu menjadikan Tanah Melayu ini 100% Tanah Jajahan British dan membuka kewarganegaraan dengan bebas. Tiada lagi dua kategori kerakyatan (Rakyat British & Rakyat Raja)
Memang cukup jelas cadangan KESATUAN MALAYA (MALAYAN UNION) datangnya dari PEJABAT TANAH JAJAHAN BRISTISH untuk menjadikan TANAH MELAYU 100% TANAH JAJAHAN seperti Melaka dan Pulau Pinang (Negeri-negeri Selat) dan melenyapkan terus sebarang gerakan dan usaha KEMERDEKAAN.
Apabila PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 mula menjalani proses perbincangan sekitar tahun 1947 bagi menggantikan KESATUAN MALAYA 1946 akibat penentangan orang Melayu yang bersatu di bawah UMNO, yang mana ianya menjadi suatu proses ke arah KEMERDEKAAN, ianya telah di tentang hebat oleh AMCJA-PUTERA.
Sebagai langkah penentangan, AMCJA-PUTERA telah membuat USUL PERLEMBAGAN RAKYAT di atas tersebut bagi memastikan SEMANGAT KESATUAN MALAYA diteruskan. PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947 bukanlah USAHA BERSEPADU MENUNTUT KEMERDEKAAN pun.
Fakta Sejarah telah di putar belit oleh puak PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS. Ianya lebih bermatlamat menjaga kepentingan kaum imigran rakyat British sahaja yang risaukan hak-hak politik mereka tidak di pelihara dan dilindungi di bawah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa