Rabu, 21 September 2011

PAS SUDAH TERBIASA MENGHINA AGAMA DAN BANGSA KERANA POLITIK.

Itulah sudah lama dikatakan ALAH BISA TEGAL BIASA. Sejak 1951. PAS sudah mula mengutuk dan membenci UMNO. Kebencian itu bermula pada 1946-1948 selepas Malayan Union digagalkan. Kemuncak tuntutan kemerdekaan menyaksikan pertembungan komunis dengan UMNO. 

Melayu yang berhaluan kiri enggan bekerjasama dengan UMNO yang di anggap oleh mereka sebagai barua British dan boneka British. Walhal British pun tidak menyukai UMNO. Cuma British boleh bekerjasama dengan UMNO berdasarkan kepada hubungan diplomatik terhad yang telah lama wujud dengan pihak Raja-raja Melayu. Oleh kerana Raja-raja Melayu di belakang UMNO, British bersedia berunding dengan UMNO. 

Kelebihan itu tidak ada pada komunis dan Melayu berhaluan kiri. Mereka cuma ada semangat ingin memberontak dan sesiapa saja yang menghalang usaha dan tindakan mereka akan di anggap sebagai barua dan boneka British. 

Sewaktu British mengharamkan parti politik berhaluan kiri termasuklah komunis, para pejuang Melayu berhaluan kiri pada masa itu boleh memilih untuk menyertai dan bersama-sama dengan UMNO. Persoalan paling menarik ialah KENAPA MEREKA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN?

Persoalan itu amat menarik sekali. Tidak pernah di kupas oleh Pakatan Pro Komunis. Ya, kita patut bertanya kenapa mereka tidak memilih menyertai UMNO secara diam-diam dan senyap?

Kenapa perlu mereka menubuhkan PAS yang turut diresapi oleh komunis dan didalangi oleh aspirasi Partai Komunis Indonesia untuk menubuhkan Indonesia Raya / Malaya Raya?

Tertubuhnya dan diluluskan PAS merupakan perkara yang amat pelik sekali. Ini kerana Hizbulmuslimin diharamkan pada 1948 kerana dikatakan terlalu Islamik dan diserapi oleh komunis. Kenapa PAS tidak diharamkan oleh British pada 1951?

Fikir fikirkanlah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa