Ana kata itu UMNO yang Halang bukan DAP sebab DAP itu UMNO lah ...
Bagi PAS apasaja yang termaktub di dalam al Quran dan hadis adalah milik mutlak mereka. Menurut mereka UMNO tidak mempunyai sebarang bahagian sedikit pun di akhirat. Atas dasar inilah Tuan Ibrahim Tuan Man melafazkan kata-kata bahawa yang menghalang Hudud adalah UMNO bukan DAP kerana DAP tidak 'menghalang' cuma 'tidak menyokong'.
Pada penafsirannya, ada perbezaan besar di antara perkataan 'menghalang' dan 'tidak menyokong' berdasarkan kepada penakrifannya sendiri di atas ucapan DS Najib mengenai perlaksanaan Hudud.
Begini para pembaca, Tuan Ibrahim kata UMNO menghalang. Ini bukan datang daripada DS Najib tapi daripada Tuan Ibrahim Tuan Man. Jelas? Ok.
DAP kata TIDAK MENYOKONG tapi kenyataan ini bukan datang dari mulut Tuan Ibrahim Tuan Man. Ianya dikeluarkan sendiri oleh DAP. Jelas? Ok.
Kalau belum jelas, begini situasinya kenyataan yang keluar dari mulut orang lain diberikan penaksiran dan penafsiran oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Bukan daripada pembuat kenyataan. Jelas? Ok.
Munasabahkah bagi Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan penafsiran dan penaksiran kenyataan orang lain mengikut kepala hotak beliau?
Kesimpulannya adakah wajar UMNO di tuduh oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sedangkan DAP yang yang enggan menerima perlaksanaan Hudud?
Ibaratnya begini, anak Tuan Ibrahim Tuan Man kena pelempang Jepun dek gengster DAP. Dalam lapuran Polis Tuan Ibrahim Tuan Man kata UMNO yang tempeleng anaknya kerana ada perbezaan antara 'tempeleng' dengan 'pelempang' mengikut tafsiran dan takrifan beliau. Siapa yang berbohong?
Baca di sini KENYATAAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa