Mengikut hukum alam, sejalur cahaya putih di lalukan kepada sebuah prisma menghasilkan pecahan jaluran-jaluran cahaya seperti gambar di atas. Siapa yang tidak tahu mengenainya?
Sejalur cahaya putih mampu memberikan manafaat kepada semua kerana sifatnya yang mengandungi semua jaluran-jaluran cahaya tetapi pecahan jaluran-jaluran putih kehilangan sifat 'Terang" cahaya putih.
Diaplikasikan kepada realiti /hakikat politik Malaysia, apakah yang anda mampu nampak? Sejalur cahaya putih atau jaluran-jaluran cahaya?
Perpaduan rakyat Malaysia adalah ibarat sejalur cahaya putih dan pakatan pro komunis berfungsi seperti sebuah prisma yang mengasingkan kita semua mengikut warna-warna dan corak budaya, agama dan pemikiran kita.
Rakyat Malaysia sudah kehilangan 'sifat Terang' cahaya putih kerana kita dipisahkan dan dipecahkan oleh prisma pakatan pro komunis.
Kita dipecahkan dan dipisahkan oleh kekotoran pemesongan ideologi pakatan pro komunis DAP-PKR-PAS. Malangnya kita membiarkan prisma pakatan pro komunis DAP-PKR-PAS memesongkan daya pemikiran dan daya perpaduan sesama kita.
Hanya dengan membuang prisma pakatan pro komunis yang memecahbelahkan perpaduan kita barulah kita kembali kepada sifat asal perpaduan yang pernah kita kecapi suatu masa dulu.
Kita perlu mengubah sifat pemesongan prisma pakatan pro komunis kepada sifat pemfokusan kanta pembesar yang mampu menguatkan sejalur cahaya dan memberikan manafaat kepada kita berbanding dengan sifat sebuah prisma.
Inilah perbezaan gaya pentadbiran dan kepimpinan yang di bawa oleh Barisan Nasional dan Pakatan Pro Komunis.
Barisan Nasional mengambil sifat kanta pembesar memfokuskan kekuatan perpaduan rakyat ke arah satu titik pemfokusan yang mampu menghasilkan manafaat kepada semua.
Manakala Pakatan Pro komunis mengambil sifat prisma yang melemahkan sejalur cahaya kepada jaluran-jaluran cahaya pelbagai warna. Indah tapi tiada sebarang manafaat.
Manakah pilihan tepat dan akan berjaya berdasarkan kepada hukum akal yang waras dan hukum alam tabie'?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa