Sembang-sembang merdeka raya baru-baru ini bersama dengan otai-otai lama mereka meluahkan perasaan keresahan dan keluhan terhadap perkembangan politik negara yang di huru harakan oleh Pakatan Sosialis Pembangkang haramjadah. Rata-rata mereka mengatakan kemanakah halatuju Pakatan Sosialis ini? Hendak dikatakan memperjuangkan Negara Islam, mereka sudah membuangkan Negara Islam ke dalam laut. Hendak dikatakan mereka menyanjung nilai-nilai demokrasi, mereka mengiktiraf revolusi komunis. Hendak dikatakan mereka menjaga kebajikan rakyat, semakin banyak rumah mewah di bina. Hendak dikatakan mereka membawa masuk pelaburan asing, mereka lebih banyak membuang masa melalak sana sini dengan membazirkan khazanah negeri. Hendak dikatakan mereka berwibawa telus dan akauntabiliti, isu pembayaran kos perubatan, isu penajaan Kongres PKR dan banyak lagi yang melibatkan dana awam masih belum di jawab oleh mereka.
Ada seorang otai membuat kesimpulan begini :-
1. Jika DAP yang memerintah, Malaysia ini jadi Negara caca marba Sosialis, agama Islam ntah di mana orang Melayu dah gerenti duduk dalam hutan belantara sebab tidak akan mampu mebeli rumah-rumah kediaman mewah.
2. Jika PKR memerintah Malaysia, konpem 200% orang Islam akan banyak dimurtadkan.
3. Jika PAS memerintah, Malaysia akan berpecah-pecah kepada pelbagai jenis pentadbiran tetapi di peringkat Pusat PAS akan angguk-angguk saja kepada DAP dan PKR. Hancur agama negara dan bangsa.
Ada seorang otai lagi menyimpulkan bahawa orang Melayu ini sepatutnya ambil berat mengenai perkembangan politik tanahair dan jangan hanya duduk sembang-sembang pasal artis dan rancangan menambah isteri.Ini kerana suasana dunia pada hari ini, politiklah yang menentukan siapa pemimpin. Salah pilih parti politik meranalah badan dan keturunan.
Melayu hendaklah sedar mengenai peranan Politik ini. Tidak menyokong mana-mana parti politik tidak bermakna hal ehwal politik dibiarkan begitu saja. Otai ini memberikan misalan yang berlaku di Sudan di mana beliau pernah bertanyakan kepada seorang anggota askar Sudan mengenai tahap pembelajaran mereka. Askar Sudan itu berkata " Jika rakyat pandai mereka akan melawan kerajaan pula!"
Sedangkan di sini kerajaan BN / UMNO tidak pun berfikir begitu. Diberikan segala kemudahan pendidikan seluas-luasnya kepada rakyat dan dijadikan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Otai yang terakhir menyimpulkan bahawa dalam suasana pada hari ini, amatlah bertuah dan beruntung sekiranya salah tafsir mengenai agama tidak berlaku di kalangan para cerdik pandai agama waktu ini. Belaiu berkata amat jauh martabat cerdik pandai agama sekrang berbanding dengan ulama terdahulu. Beliau juga berkata bahawa adalah sukar untuk mencari sempurnanya seorang pemimpin tetapi amatlah bertuah dna beruntung jika penasihat-penasihat pemimpin menegur pemimpin dan bukannya menjadi Pak Angguk.
Juga alangkah beruntungnya jika pimpinan tetap berpegang kepada tali Tauhid dalam apajua keadaan dan masa. 'Jangan dilepaskan tali Tauhid dan jangan salah tafsirkan agama lagi' kata otai tersebut.
Hambe ingin menyampaikan kata-kata otai tersebut, ' Janganlah lepaskan Tali Tauhid dalam apajua keadaan dan masa serta jangan salah tafsirkan agama lagi ! '
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa