Kalau di Kelantan lain cerita lah. Di Kelantan, pemimpin-pemimpin PAS ini besar serban dan kepala , tauliah tidak ada pun boleh mengajar agama. Asal ada kad keahlian PAS dan para jemaah lain iktiraf. PAS ini berlagak lebih daripada Majlis Islam Agama negeri masing-masing. Mereka fikir merekalah Badan Autoriti Agama lebih tinggi daripada Majlis Agama Islam Negeri. Lebih hebat daripada Mufti, Kadhi dan para imam bertauliah dan berwatikah.Jangan bangkang dan lawan mereka, ke nerakalah jawabnya.
Atas pemikiran begitulah Khalid Gereja berani besar kepala beri tazkirah tanpa tauliah. Perkara itu berlaku dalam bulan Ramadan lalu.16hb Ogos di surau Taman Seri Sementa Klang. Dr Rani juga turut dikenakan tindakan yang sama atas kesalahan yang sama.
Tauliah Dr Rani Othman telah tamat tempoh pada Ramadan lepas dan tidak dilanjutkan oleh MAIS.
Perbicaraan ke atas Khalid Gereja telah ditetapkan pada 24hb November depan di mahkamah syariah Kelang setelah beliau dilepaskan di atas jaminaan secara lisan oleh totoknya.
Kesalahan di bawah 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang membawa hukuman denda RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Jika sabit kesalahan, kita tidak perlu lagi panggil Khalid Gereja YB.
PAS mulai sekarang patut belajar menghormati Majlis Agama Islam negeri-negeri dan patut belajar merendah rendah. Jangan asik hendak berkokok dan menyangka diri lebih pandai daripada orang lain dalam hal ehwal agama Islam.
Majlis Agama Islam di semua negeri-negeri sepatutnya lebih tegas terhadap mana-mana pemimpin dan ahliPAS yang berani memberi tazkirah tanpa tauliah sah.
Dia pun Ustaz juga. Ustaz Pas.
BalasPadamwakakakakakakkakakaka
BalasPadam