Jumaat, 16 September 2011

KENYATAAN AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI PEMANSUHAN ISA.


Kenyataan Akhbar
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri


Saya selaku Menteri Dalam Negeri (KDN) amat mengalu-alukan dan menyambut baik pengumuman yang bersejarah ini. Pengumuman yang berani pada malam ini adalah bukti kepada komitmen Perdana Menteri dan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus maju ke hadapan selaras dengan hasrat kita untuk mewujudkan sebuah negara demokrasi yang lebih matang.

Secara peribadi saya amat gembira untuk melaksanakan inisiatif tersebut yang saya yakini dapat mengimbangi Hak Asasi (Civil Liberties) dengan Keselamatan Negara (National Security).

Seluruh warga KDN turut menyambut baik pengumuman ini kerana ianya merupakan kemuncak kepada usaha kita semenjak dua setengah tahun yang lalu di mana kita sememangnya telah melaksanakan transformasi serta proses penyemakan menyeluruh undang-undang dan akta-akta di bawah kawal selia KDN serta agensi di bawahnya. Ini bertujuan memastikan undang-undang tersebut masih relevan dan berkesan bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pengumuman Perdana Menteri malam ini juga adalah hasil usaha KDN mengenal pasti undang-undang lapuk serta tidak lagi relevan dengan keadaan dan landskap masa kini. Langkah ini turut mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan melalui beberapa sesi konsultasi. Namun, pihak KDN akan menyusul ke arah pengumuman pengisytiharan pembentangan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat ditamatkan kuatkuasanya.

Pihak KDN juga yakin dua undang-undang baru yang diumumkan ini akan tetap mampu memelihara ketenteraman dan keselamatan awam. Pengenalan dua undang-undang baru ini akan memberi kita peluang untuk lebih fokus selaras dengan matlamat untuk mengimbangi hak asasi individu dengan hak asasi majoriti.
- DIPETIK SEPENUHNYA DARI BLOG TUN FAISAL.

Persoalannya, bukanlah mudah untuk mengimbangi Kebebasan Awam dengan Keselamatan Negara. 

Kita mampu mempunyai seribu akta yang mengekang Kebebasan Awam tetapi di tangan pemerintah adil saksama ianya tidak akan digunakan sebaliknya kita mampu mempunyai sebillion akta yang menjamin Kebebasan Awam tetapi di tangan pemerintah zalim ianya tidak digunakan. 

Manakah yang lebih penting dan utama, mempunyai Pemerintah Adil Saksama atau mempunyai sejuta Akta yang menjamin Kebebasan Awam?

2 ulasan:

  1. rakyat akan melatah jika ISA dimansuh tanpa ada undang-undang ganti ISA...

    dua undang2 baru tentulah lebih afisian dan hebat dari ISA.

    undang-undang yg ada kini bukanlah penganti ISA...

    BalasPadam
  2. Ya benar
    dua buah akta yang mengganti ISA sudah tentu lebih banyak berpihak kepada penjahat.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa