Selasa, 6 September 2011

KENAPA PEJABAT PEGUAM NEGARA KELIHATAN LETIH?

RAFI AWANG KECHIK telah membincangkan mengenai kelembapan tindakan oleh Pejabat Peguam Negara yang keihatan berada dalam situasi keletihan dan kelembapan bertindak. Menurutnya, terlalu banyak jenayah-jenayah politik yang dilapurkan dalam tempoh masa tiga tahun ini gagal diambil tindakan sewajarnya oleh pejabat Peguam Negara sehingga menjejaskan kredibiliti Menteri KDN dan maruah PDRM di mata rakyat. 

Beliau turut mengkritik keletihan pengurusan dan perjalanan Jabatan Peguam Negara atas sesuatu tindakan setelah kertas siasatan selesai dilaksanakan. Menurutnya, keletihan yang kelihatan pada Jabatan Peguam Negara memberikan gambaran buruk di mata rakyat. 

Kritikan beliau memang berasas. Semenjak kes liwat pertama Anwar Ibrahim, Pejabat Peguam Negara menerima kritikan hebat dari pihak Pakatan Sosialis Pro Komunis. Malah selepas tsunami 2008, Pejabat Peguam Negara kelihatan seperti alah malu untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pemimpin Pakatan Sosialis Pro Komunis. Kebanyakan peguam berada di sebelah pihak Pakatan Sosialis Pro Komunis dan kebanyakannya merupakan peguam yang berpengalaman dalam kes-kes perbicaraan. Silap satu koma pun dalam kertas pertuduhan boleh terus koma sesuatu kes. Ini fakta.

Menurut sumber bebas di kalangan peguam terkanan (kebanyakannya bersifat berkecuali) yang sudah beramal dalam bidang guaman selama lebih dua puluh tahun, salah satu punca keletihan yang ada pada pejabat Peguam Negara kerana kebanjiran pendakwaraya-pendakwaraya muda yang kurang berpengalaman. Majoritinya adalah lepasan graduan baru. Kita tahu dalam tempoh 10 tahun lepas, ramai mahasiswa/i dalam fakulti undang-undang negara adalah anti-kerajaan dan ramai yang begitu simpatetik kepada Anwar Ibrahim. 

Kerjaya sebagai pendakwaraya biasanya tidak begitu menarik kerana jam kerja yang melebihi 12 jam sehari termasuklah risiko kena hamput dalam mahkamah disebabkan kurang persediaan. Ini di tambah lagi dengan karenah jadual bertugas yang kadangkala terpaksa berulang alik ke mahkamah-mahkamah Tinggi dan Sesyen yang berada di luar kawasan. 

Pejabat Peguam Negara amat perlu mengambil langkah-langkah segera bagi mengemaskini sistem jabatan dan mengatasi kekurangan tenaga kerja berpengalaman dan mahir. Fungsi dan peranan Pejabat Peguam Negara adalah amat penting kerana kuasa pendakwaan sesuatu kes jenayah adalah terletak dalam bidangkuasanya. Jika mereka masih kelihatan keletihan sudah tentulah pihak-pihak berkuasa lain turut letih. Revamp brader ... revamp !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa