Pada malam ini terbitlah di paparan skrin tv dalam suatu berita di salah satu saluran percuma tak berbayar.
Berita itu mempaparkan Raja Nazrin membalun dan memperli usaha dan cubaan jahat lagi curang sesetengah pihak mengikis dan menghakis pentadbiran agama Islam.
Pihak berkenaan beralasan bahawa agama terletak di bawah hak individu dan bukannya tanggungjawab negara.
Pemimpin-pemimpin politik katanya tidak mengambil iktibar pepatah biduk berlalu kiambang bertaut.
Beginilah hendaknya para Sultan Melayu keraplah berbicara dan menegur selalu. Para Sultan berhak bersuara kerana itu hak mereka menegur kerana segala badan kehakiman, badan eksekutif dan badan legislatif berkuasa dan bertindak atas nama para Sultan Melayu jua.
Kepada para pemimpin politik dan segala pentadbir-pentadbir hal ehwal agama dengarlah nasihat para duli tuanku Raja-raja Melayu.
Mari tanya kak Wan Jijah apakah pendapatnya sebagai Presiden PKR? Kak Wan tolong komen ...
Heloo .. bang .. apa Jijah nak komen nie?? ..
"Saya adalah seorang wanita biasa yang mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Bezanya cuma, saya adalah isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim."
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa