PERSEKUTUAN DALAM BAHAYA!
Beringat Sebelum Kena
Hudud Bukan Isu, Kuasa Otonomi Isu Sebenar.
diambil dari laman sesawang rasmi DAP pada hari ini
Hambe berharap agar semua sibertruper jangan terleka dan terbuai dengan DRAMA HUDUD DAP-PAS-PKR. Kita perlu ingat, KONSENSUS PAKATAN PRO KOMUNIS telah bersepakat memperjuangkan konsep NEGARA KEBAJIKAN.
Isu hudud dan negara Islam sudah lama mereka selesaikan dalam KONSENSUS PAKATAN pada 2010. Di dalam buku Jingga ada disebutkan mengenai tuntutan untuk mendapatkan Kuasa Otonomi yang lebih besar.
KENAPA MEREKA MAHUKAN KUASA OTONOMI?
Pakatan pro komunis tahu mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai 134 kerusi Parlimen atau 2/3 majoriti Parlimen dalam masa terdekat ini.
Namun mereka mampu menguasai Dewan Undangan Negeri-negeri. Dalam kerangka hubungan Pusat-Negeri pada masa ini tidak menguntungkan pakatan pro komunis kerana terlalu banyak kekangan buat mereka.
Ini membantutkan usaha-usaha mereka bagi pengukuhan kedudukan dalam ekonomi, kewangan dan memperlengkapkan jentera mereka menguasai Malaysia sepenuhnya.
Mereka perlu melemahkan kuasa Pusat terlebih dahulu. Sasaran itu hanya boleh di capai melalui KUASA OTONOMI yang lebih besar daripada sekarang.
APAKAH FUNGSI DAN PERANAN ISU HUDUD?
Berdasarkan kepada pengamatan dan analisa yang pernah digunakan oleh bang Nuo semasa beliau di dalam UMNO dan segala isu-isu lain sebelum ini, pakatan pro komunis akan mencetuskan terlebih dahulu apa yang di sebut dalam Sains Politik sebagai ISU PENCETUS / PEMANGKIN.
Satu-satunya isu terbaik untuk dijadikan ISU PENCETUS/PEMANGKIN ialah HUDUD.
Melalui cetusan HUDUD, beberapa sub-isu akan dikemukakan dan kemudiannya bakal mengambil momentum sendiri.
Anda perlu amati kenyataan balas Karpal Singh yang menyebutkan mengenai Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana negeri dalam Persekutuan menubuhkan sebuah negara Islam.
Kenyataan itu adalah INTIPATI kepada tuntutan kuasa otonomi. Kita perlu membantah dan menentang keras sebarang usaha untuk merubah, mengubah dan meminda kerangka Perlembagaan yang menjadi asas kepada persekutuan ini.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa