Selasa, 20 September 2011

HOI APEK LU MUHONG LAGI ..MANYAK MAHAI LU PUNYA MUHONG HARGA RM480 JUTA LOO.

Cepat-cepat jangan ketinggalan dua posting paling menarik pada hari ini di blog Empayar Pemuda dan Pisau. Empayar Pemuda mendedahkan pembohongan Pok Nik dan PAS mengenai hudud berkaitan kes HIV. Pisau pula mendedahkan maklumat yang diterimanya mengenai penyelewengan dalam projek pembangunan antara MPPP dengan ECO MERIDIAN dalam projek SPICE [ Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Pulau Pinang]

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh Pisau, projek SPICE Pulau Pinang bernilai RM300 juta telah mengakibatkkan kerugian berjumlah RM480 juta di pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Faktar-faktor yang membawa kepada kerugian itu kerana di dalam perjanjian bertarikh pada 19hb Ogos 2011 di antara Eco Meridian dengan MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) antara lain menyebutkan:-

1. Pemberian tanah secara percuma kepada ECO MERIDIAN untuk pembangunan 450 unit rumah kos murah dan sederhana rendah. Ini menjadi faktor kerugian kepada MPP dan rakyat kerana:-

(a) menyebabkan MPP kerugian RM 10 juta kerana penyediaan tapak rumah dan pemberian tanah percuma.
 
(b) Pemberian tanah percuma yang sia-sia. Sepatutnya tanah diberikan percuma kepada penduduk yang benar-benar memerlukan seperti penduduk Kg Assam, Kg Buah Pala, Kg Permatang Tinggi Damar Laut dan beberapa kampung lagi.

(c) Rumah yang di bina adalah jenis rumah teres dan bukannya rumah pangsa, Saiznya berkeluasan 650 kaki persegi pada harga minimum RM 72, 500.00 se unit. Berapa ramaikah rakyat Pulau Pinang yang mampu membelinya? Kenapa tidka meminta pemaju membina rmah pangsa sahaja bagi keperluan penduduk?

2. Kebenaran penambahan pembinaan 1 500 unit rumah. 

3. MPPP melabur sejumlah RM50 juta tetapi memberikan tanah percuma dan tanah berpremium rendah bagi pembinaan hotel mewah yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa. Ini menyebabkan kerugian berjumlah RM27 juta di pihak negeri Pulau Pinang.

Pemaju bakal memperolehi keuntungan sejumlah RM450 juta disebabkan pemberian tanah percuma.

Setrusnya menurut sumber pemberi maklumat Pisau, beliau akan mendedahkan pembohongan biaDAP yang mendakwa MPSP kerugian RM 230 juta dan kaitannya Ismail Mamat, MPSP dengan Anwar Ibrahim. Kita tunggu aje la Pisau mendedahkannya.

Memang terer dan cukup mahir pepuak Pakatan Pro Komunis inin berbohong. Berbohong itukan suatu kewajipan kepada mereka, yea tak?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa