Seperti amalan biasa, GAP membelasah dan terus membalun sesuka hatinya ke atas Pakatan Sosialis Pro Komunis. Jika dizahirkan tindakannya itu seolah-olah kita melihat pertandingan silat Melayu jenis ganas lawan silambam, taichi, wushu, tomoi gaya Utara dan tinju.
Semput nafas Pakatan Sosialis Pro Komunis di balun terus menerus tanpa henti oleh GAP. Tindakan pergi melancong sambil tarik menarik ke Jerman oleh Khalid G menerima buah pukul GAP. Terjamin teramat sakit hati dan pedih hempedu Pakatan Sosialis Pro Komunis dengan buah pukul GAP.
Betul lah apa yang GAP tuliskan, setelah 3 tahun 6 bulan bersamaan dengan 42 bulan bersamaan dengan 1,260 hari bersamaan dengan 30,240 jam, barulah terfikir oleh Khalid G untuk menccari pelabur. Baru hendak mencari. Belum dapat lagi. Berbincang sahaja.
Anwar Ibrahim kemain gah berkata sebleum PRU 12, " Hari ini menang esuk harga petrol turun' begitu juga pada masa mereka pamirkan buku Jinggay ' 100 hari rakyat senang kami belanja rakyat bayar!' Bahkan berkokok masa memperkenalkan polisi C.A.T 'Apa susah sangat, dah ada kuasa, kami jamin perkhidmatan cepat!' cepat sedikit dari seekor siput babi.
Bila dipersoalkan dimanakah janji-janji lain, cepat pula mereka berikan jawapan ' Kami baru perintah 3 tahun!' Masa Jepun tengah 'power' Jepun mampu tawan seluruh Asia Tengara kurang dari 3 bulan sahaja. Mujurlah rakyat Malaysia ini lebih cerdik daripada Pakatan Sosialis Pro Komunis.
Sebelum PRU 12, rakyat fikir, cemuh dan kritik serta hendak berikan pengajaran kepada Barisan Nasional. Ya betul. Tapi pengajaran kepada Barisan Nasional tempias teruk kepada rakyat juga. Akhirnya apa rakyat dapat daripada Pakatan Sosialis Pro Komunis?
Dana awam sudah banyak habis digunakan oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis bagi agenda-agenda yang tidak membantu rakyat contohnya majlis keraian, billboard, demonstrasi jalanan, upah bloger, upah fesbuker dan buat siri ceramah cemuh sana cemuh sini.
Harakahdaily mencemuh lagi polis mendakwa anggota polis mabok semasa serangan komunis. Sepatutnya KDN dan PDRM ambil tindakan ke atas Harakahgeli.
Sudah ramai bekas polis dan tentera merungut dan sedar jenis politik PAS apabila Mat Syabu keluarkan kenyataan sokong komunis. Sebenarnya Mat Syabu dan PAS yang sedang mabok. Mabok kuasa ! Mabok duit!
Jasa polis hutan KOMANDO VAT 69 dan tentera selepas 1957 sehingga 1989 lebih besar jasanya dan pengorbannya berbanding bekas Rejimen ke 10 PKM yang sudah tua dan kecewa kerana tidak diiktiraf.
Bayangkan keras kepalanya bekas anggota PKM dan Rejimen ke 10 PKM, dari tahun 1948 -1989 hampir selama 41 tahun berjuang enggan terima kemerdekaan negara hanya semata UMNO yang mendapatkannya!
Setelah ramai jadi janda, ibu bapa kehilangan anak, adi kehilangan abang, anak kehilangan ayah, bekas PKM berani hendak mendabik dada kononnya merekalah pejuang kemrdekaan yang unggul dan patut di beri pengiktirafan?
Dari 1948 -1957 Komunis bukan menentang British tetapi menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang hendak merdeka. Kenapa komunis tidak angkat senjata pada 1946 sewaktu Malayan Union diisytiharkan?
Jadi anda nilai sendirilah kenapa PKM meneruskan perjuangan menentang kemerdekaan Malaysia selepas 1957 sehingga 1989. Persoalannya mudah, British sudah beri kemerdekaan kenapa hendak lawan lagi? Melainkan niat dan tujuan perjuangan mereka bukanlah untuk kemerdekaan tetapi untuk menubuhkan sebuah negara Komunis.
Adakah jika pada hari ini kta menjadi sebuah negara komunis maka kita merdeka dalam ertikata sebenar? Tidakkah kita merdeka dalam ertikata sebenar selama 54 tahun ini? Oleh itu hendak dijustifikasikan di atas apa untuk mengiktiraf PKM sebagai pejuang kemerdekaan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa