Jumaat, 2 September 2011

DAP MULA CARI PASAL DENGAN PAS PUSAT.


Hj Hadi Awang cuba menafikan peranan PENABAL RAJA DAP dalam kepimpinan PAS samada di negeri mahupun di peringkat Pusat, tapi ternyata perkara itu tidak dapat ditutupi oleh Hj Hadi dengan kenyataan pusingan U nya. Inilah yang didedahkan oleh bloger DR.NOVANDRI.

Semakin jelas peranan dominan DAP di dalam urusan campurtangan pemilihan pucuk pimpinan dalam PAS sehingga mampu memberi arahan kepada PAS PUSAT agar menukarkan Mat Jan MB Kedah atas alasan kesihatan. Kenapa Pok Nik Kelantan yang jauh lebih teruk keadaan kesihatannya berbanding Mat Jan tidak di suruh meletak jawatan? 

Mat Jan sendiri sudah mengakui bahawa beliau di paksa meletak jawatan. Kita sudah tentu dapat menyimpulkan ianya berpunca dari polemik penutupan pusat hiburan seluruh negeri Kedah.Hairannya, Hj Hadi Awang mengakui bahawa beliau akan mengadap KDYMM Sultan Kedah untuk perkenan baginda bagi menggantikan Mat Jan. Sejak bila pula PAS PUSAT mempunyai kuasa eksekutif untuk campurtangan dalam hal perlantikan MB di Kedah? Tidakkah perkara itu ditentukan oleh sidang khas DUN Kedah?

Perkara ini tidak sama dengan apa yang berlaku di Perak di mana berlakunya perubahan mendadak sokongan dari ADUN-ADUN. Di Perak, kerajaan boneka negeri tertubuh kerana adanya campurtangan istana yang mengesa parti yang bertelagah DAP dan PAS agar membuat perjanjian bertulis untuk menubuhkan kerajaan negeri.PAS tidak pandai berstrategi dalam politik. 

Memanglah DAP dan PAS PUSAT mencari nahas bala bencana dengan KDYMM Sultan Kedah nanti. Jangan terkejut jika baginda Sultan Kedah bakal murka terhadap Hj Hadi dan DAP. Mat Jan dan penyokongnya sudah tentu tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Nampaknya DAP berjaya memecahkan perpaduan PAS. Korban Politik DAP lagi nampaknya, yea tak?


2 ulasan:

  1. mb kedah dah berura-ura nak menutup pusat hiburan sepanjang bulan ramadan. perkara ini amat tidak disenangi olih pimpinan khalifah lim gilo engkau kerana hasil masyul chauvanist cina akah hilang sepanjang bulan ramadan. maka dengan beraninya khalifah lim gilo engkau mengarahkan mb menarik balik harat itu dan dengan terketar-ketar lutut sehingga terkejut beruk dan seterusnya ditimpa penyakit jantunglah mb kedah tersebut. mb kedah amat faham lagikan hasan ali pas bolih sepak terajang kerana menderhaka kepada khalifah lim gilo engkau itu. memikirkan nasib malang yang bakal menimpanya maka dia pun tarik baliklah hasratnya yang suci murni itu. khalifah lim gilo engkau masih risau kepada mb yang berani menentang arus ini, mb seperti ini harus dinyahkan dalam pas makanya dia arahkan lah presiden pas akan merehatkan mb yang malang ini dengan alasan sakit jantung. itulah ceritanya. apakah kita masih mengharapkan pas menegakan negara isle kalaulah ini wajah pas sekarang penuh ketakutan kepada dap. take beer pas take beer.

    BalasPadam
  2. PAS DAH HILANG TELO KOW TOW KEPADA SOSIALIS DAN KOMINIS BRO

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa