Ahad, 25 September 2011

CHUA SOI LEK DISARAN JANGAN TIDAK MERUGIKAN BN- TUN DR MAHATHIR


Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kesalnya terhadap Chua Soi Lek (CSL) di atas kenyataan beliau baru-baru ini mengugut BN dalam isu Hudud. TDM berpendapat psywar yang dilakukan oleh CSL hanya menguntungkan DAP dan menyarankan agar ahli MCA mendesak CSL menyertai DAP sahaja. Menurutnya UMNO tidak pernah pun mempersoalkan apa-apa isu terhadap CSL di atas skandal seksnya dahulu. Adalah tidak wajar CSL mengeluarkan ugutan yang senada dengan DAP dalam isu Hudud kerana UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang ugutan terhadap MCA sepertimana yang dilakukan oleh PAS terhadap DAP berkaitan Hudud. CSl cuba membawa budaya pemikiran DAP kepada para penyokongnya. Perbuatan itu sudah keterlaluan. Selama ini kerjasama yang dinikmati bersama UMNO dalam Barisan Nasional menguntungkan semua pihak. TDM memberikan amaran kepada CSL agar tidak merosakkan hubungan baik dan kerjasama tersebut semata-mata di atas kepentingan kerjaya politiknya sendiri. Tindakan CSL itu dilihat oleh ramai alhi-ahli dalam parti komponen Barisan Nasional sebagai usaha CSL untuk menjahanamkan kekuatan komponen Barisan Nasional itu sendiri. CSL wajar lebih memahami bahawa sikpanya sebagai pemimpin no. 1 MCA seharusnya memfokuskan kepada gerakerja memperkukuhkan MCA dan bukan berusaha memperkuatkan MCA melalui ugutan politik semata-mata.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa