Selasa, 20 September 2011

biaDAP hentam PAS, PKR bukak kain biaDAP, PAS balun biaDAP.

PAS dengan isu Mat Syabu cabul mulut sokong komunis kemudian Karpal Singh membalun beliau termasuk PAS. Selepas itu PKR mengamok dengan biaDAP mengenai pembahagian kerusi di Pulau Pinang dan Johor. PKR Johor balun DAP Johor mengenai penyelewengan dana politik. Tidak lama selepas itu Manokharam Meliarputaralam keluarkan kenyataan menghina bendera Malaysia. Jadi PAS tidak melepaskan peluang membalun pula biaDAP sebagai membalas dendam kesumat kepada Karpal Singh membalun Mat Syabu.

Ceramah Perdana PKR dan PAS di stadium bandaraya Pulau Pinang pula di boikot oleh biaDAP dengan pemergian Guan Eng ke Singapura. Begitulah episod mutakhir balun membalun antara PAS, biaDAP dan PKR. Selepas pihak ini balun pihak lain pula membalasnya. 

Kepimpinan Pakatan Pro Komunis ini benar-benar suka menyusahkan rakyat dan orang lain dengan perkara-perkara imiginasi mereka. Belum pun menguasai negara, mereka sudah acapkali menyukarkan keadaan. 

Terkini PAS membalun Manokharam Meliarputaralam mengenai isu bendera Malaysia seperti berikut:-

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat menegur Majlis Presiden Pakatan Rakyat tidak memberi perhatian ke atas ucapan dan pandangan diberikan pemimpin mereka sehingga mencetuskan kontroversi lalu merugikan perikatan itu.
Naib Ketuanya Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya berharap Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan lebih tegas dan berhati-hati dalam mengamalkan sikap memberi pandangan atau keputusan masing-masing.
“Kami melihat Majlis Presiden Pakatan Rakyat kurang memberi keprihatinan terhadap ucapan-ucapan dan pandangan-pandangan samada pimpinan dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya selari dengan dasar Pakatan Rakyat dan parti masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Raja Ahmad merujuk kepada pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mengatakan akan mengubah Jalur Gemilang jika Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negara.
“Bagi kami, tulisan tersebut keterlaluan dan tidak pernah sekali-kali dibincang mahupun terlintas difikiran Pakatan Rakyat untuk dilakukan.
“Hatta Kami akan terus mempertahankan nilai-nilai dan ciri-ciri jati negara yang sedia terdapat dalam Jalur Gemilang sedia ada,” katanya.
Raja Ahmad menambah pihaknya menganggap tulisan tersebut adalah imiginasi dan khayalan Manoharan tersendiri dan terlanjur dalam kenyataannya.
“Namun imiginasi seperti itu tidak boleh dibiarkan kerap dibiarkan tanpa sebarang peringatan dan tindakan.
“Kami juga ingin mengingatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat agar tidak ghairah mengeluar kenyataan yang mewakili Pakatan Rakyat tanpa merujuk Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu tanpa mengira jawatan dan status mereka,” katanya lagi.

2 ulasan:

  1. Pakatan yang memang dipenohi oleh kumpulan orang orang perasan; nak kata apa lagi ???? Memang gitulah selalu jadinya.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa