Berdasarkan kepada selingan berita TV3, Ketua Misi Kemanusiaan ke Somalia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sedang mengadakan perbincangan dnegan pihak pengurusan untuk membawa pulang jenazah allahyarham Noramfaizul ke tanahair bersama-sama dengan semua ahli misi pada pagi esuk jam 10 pagi tertakluk kepada pindaan.
Allahyarham telah meninggal dunia akibat tertembak di bahagian paru-paru semasa dalam perjalanan menuju ke pusat bandar Mogadishu pada jam 5.30 petang (waktu Somalia) petang Jumaat 2hb September 2011. Kejadian berlaku di suatu lokasi diberikan nama sebagai Kilometer Four. Menurut sumber AP, kejadian tersebut melibatkan African Union pasukan keamanan di Somalia. Butiran terperinci mengenai kejadian masih belum diketahui.
Mutakhir, Wisma Putra sedang mengumpulkan maklumat mengenai kejadian tersebut. Kita doakan agar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia selamat kembali. Nampaknya, ada pihak yang sengaja mahu mensabotaj usaha-usaha bantuan kemanusiaan kepada rakyat Somalia. Diharapkan kejadian ini tidak melemahkan semangat dan menghentikan bantuan kemanusiaan ke Somalia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa