Menurut lapuran Reuter, 4 orang askar Burundi yang menganggotai pasukan pengaman African Union (UMISOM) mengakui bahawa mereka telah menembak rambang kenderaan yang membawa arwah Noramfaizul. Kejadian itu menyebabkan kematian kepada arwah Noramfaizul. Motif dan arahan siapa masih belum diketahui.
Sepertimana yang telah di duga sebelum ini, ternyata adalah benar. Kita masih lagi belum menerima sebarang permohonan maaf daripada African Union dan pihak kerajaan Burundi di atas insiden tersebut.
Sepatutnya African Union dan kerajaan Burundi wajib membayar pampasan kepada keluarga arwah Noramfaizul. Perbuatan empat orang askar Burundi tersebut sungguh biadap dan tidak berperikemanusiaan!
Mereka betugas menjaga keamanan Mogadishu dan bukannya bertugas untuk menimbulkan kekecohan.empat anggota askar itu akan di dakwa mengikut proses undang-undang ketenteraan negara mereka.
Kita juga menuntut agar permohonan maaf diberikan kepada keluarga arwah Noramfaizul oleh kerajaan Burundi dan African Union.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa