AWAT ? KORANG INGAT JS NAK TULIS PASAL POLITIK KE? KAMONLAH. SEKALI SEKALA, ambe pun nak chlilly out gaks. Tajuk artikel ini sebenarnya di ceduk daripada sebuah tajuk pilem. Hah ? Pilem apa? Huh, pilem gabungan artis Indonesia dan Malaysia yang di garap mengikut klise Hindustani. Kisah apalagi , kisah dunia glamor artis, salahfaham, kisah chenta-chenta, lu chenta wa , wa chenta sama lu kurang lebih camtu le klisenya plot Hindustani pilem tu. Apapun, pilem tu cukup menghiburkan berkali-kali bukan sekali yea , tapi berkali-kali. Pilem tersebut sedang disiarkan di Astro saluran Prima. Eloklah korang yang ada ASTRO tengok-tengok jadual penayangannya. Hambe jamin anda tidak akan kecewa punya. Takat leleh airmata takde ler, cuma leleh poket nak bayar bil Astro kasi Ananda Krishanan lagi kaye (Klise Pembangkang).
Hamboi, kalau masuk je bicara mengenai bil masing-masing tarik muka masyem yek. Kamonlah, setiap perkhidmatan yang korang bayar itu sebenarnya manafaatnya kembali kepada orang yang anda tidak kenali langsung dan mungkin jugak kembali ke jiran sebelah rumah anda yang selama ini nombor kad pengenalannya pun anda tidak tahu cuma nombor talipon anak dara sulongnya yang jelitawan cun melecun seperti SITI SALEHA yang anda ketahui.. yehaaaakkk ! Ahaks..... Masak.
Walaupun Prapukari dan Papa Gomo mahupun bloger 1peluru merasa kuciwa dek kerana selebriti kesayangan mereka bernikah baru-baru ini tapi itu tidak bermakna ... tidak bermakna ... tidak bermakna .. mereka akan sertai pembangkang seperti yang Anwar Ibrahim lakukan apabila dikecewakan oleh UMNO pada 1997.
Dek kerana chenta menta ini manusia sanggup lakukan apasaja hatta terjun dari bangunan SPRM sekali pun kerana hendak melindungi yang tersayang. Malah snaggup berbohong kepada seluruh dunia mengenai jam omega bahkan sanggup menggulingkan sebuah pemerintahan kerana dek sayangkan seorang peliwat.
Kerana chenta jugalah manusia terusir sementara dari sorga turun ke bumi kemudian kembali semula ke sorga tempat asal. Dek kerana itu jugalah PAS sanggup jual-beli sorga ini kerana politik dan kuasa sepertimana Maharaja China dulukala yang mengaku ANAK SORGA sehingga mencetuskan idea selamber derk Suhaimi Baba suatu masa dulu menerbitkan pilem bertajuk RINGGIT KASORGA.
Semua orang ingin kasih sayang dan di belai oleh kekasih tak kisah malah ada yang sanggup mengejar chenta sesama jantan dan betine semata-mata kerana hendak berkasih sayang. Ada jugak yang menzahirkan kasih sayang kepada hewan-hewan ternakan dan peliharaan mereka seperti DAP lakukan kepada PAS dan PKR. Yea tak ? Memang betul apa DAP sayangkan PAS dan PKR sama seperti anak Guan Eng sayangkan anjing Rottweiller yang dihadiahkan oleh bapanya.
Itulahkan berbagai ragam manusia ini walaupun datang dari benih yang satu ADAM & HAWA. Kita ini asek dok berbangga sana sini dengan kawan-kawan rakan taulan mengenai kehebatan keturunan kita, walhal ADAM & HAWA pun kita tak kenal rupa mereka. Dek kerana itulah kita selalu lupakan pasal ADAM & HAWA sebaliknya hanya pentingkan cucu cicit mereka saja yang menjadi nenek moyang khusus kepada masing-masing kita.
Kemudian, kita selalu terpengaruh dengan kesah chenta yang di tulis dalam novel-novel yang kemudiannya dijadikan Novela Telemovie atau pilem seperti LAGENDA BUDAK SETAN tanpa kita sedari di depan mata kita telah berlaku suatu kisah chenta yang begitu trajis sekali antara Anwar Ibrahim dengan budak kopinya, bini anak didinya dan memacam lagi. Chenta segitiga dan bersegi-segi... sampaikan Kak Wan Jijah pun dah tak sanggup nak tepis sana tepis sini, akhirnya kasi Karpal Singh anak beranak court dalam juga cerita.
Bila kita tanya semua orang politik yang ada, siapakah yang anda chentai ? Jangan haraplah anda mendapat jawapan klise, Negara Rakyat Agama dan Bangsa, tapi anda pasti dapat mengesan juga pembohongan dalam nada dan bahasa badan mereka sepertimana Guan Eng dan Nik Ajih berbohong mengenai banyak perkara.
Errr .. dah terlalu panjang sangat. Oklah, selamat berpuasa dan chentailah diri anda sebelum diri anda dichentai kerana jika anda tidak tahu menyintai diri anda jangan nak buat klise murahan kepada kekasih anda kononnya andalah seorang Kekasih Yang Sejati seperti Anwar Ibrahim dengan China Doll. Ingatlah, DUNIA INI DI CIPTA KERANA KASIH & SAYANG DAN TAKDE PEKDAHNYA KORANG YANG ANTI KERAJAAN NAK KATA REVOLUSI PEMBAWA PERUBAHAN !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa