Jumaat, 12 Ogos 2011

SINCHEW DAILY ADA KUASA UNTUK PECAT HASAN ALI? BOLEH JALAN DAAA!

SIN CHEW DAILY melalui penulisan timbalan editornya bernama LIM SWEE GUAN telah membuat penilaian dan menyalahtafsir tugas-tugas, fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa JAIS serta Hasan Ali sebagai EXCO Hal Ehwal Agama Islam Selangor. Lim Swee Guan telah berlaku bahlol dan keliru.


Sudilah kiranya anda semua mencerna apa yang di tulis si bengap Lim Swee Guan timbalan editor Sin Chew Daily yang sepatutnya tidak menjadi timbalan editor keran terlalu keliru dengan apa yang berlaku dan isu yang hangat diperbincangkan. Artikelnya bertajuk 'BERMAIN API' pada 8hb Ogos 2011. Berikut adalah petikan artikelnya itu.

JAIS dan Exco Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali adalah ancaman besar kepada pihak pembangkang untuk mempertahankan kuasa mereka di negeri itu.
Jika jabatan itu dan Hasan tidak dikawal, mungkin perbuatan menggeledah dan memecah masuk majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja akan berlarutan dan berulang.
Rekod lampau JAIS dan Hasan juga bukannya begitu baik. Sebelum ini, jabatan itu pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam.
Ia turut melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak dan melakukan tangkapan terhadap pasangan yang meraikan Hari Kekasih.
Jabatan itu juga pernah menangkap bekas Mufti Perlis, Prof .Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dengan alasan beliau mengajar tanpa tauliah.
Apa yang membuat kita tidak faham adalah berikutan tiadanya pendirian yang sama di kalangan pemimpin kerajaan Selangor.
Sehari selepas serbuan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meluahkan perasaan kecewa dengan kejadian itu dan meminta JAIS menghantar laporan kepadanya.
Seorang lagi anggota Exco, Teresa Kok pula memberitahu, pada hari tersebut, semua Exco telah mengadakan perbincangan. Hasan dan wakil JAIS yang turut hadir memberitahu mereka tidak tahu-menahu tentang serbuan itu.
Bagaimanapun, tidak disangka pada malamnya, Hasan telah menghantar kenyataan kepada pihak media massa bagi mempertahankan tindakan JAIS itu. Apa yang berlaku ini, menimbulkan persoalan mengenai siapa sebenarnya yang bercakap bohong?
Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat mengawal Hasan lagi. Dengan itu, jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor yang disandang beliau perlu ditarik balik. Bagaimanapun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya beliau tidak lagi dilantik sebagai Exco.
Dalam pada itu, isu menggeledah gereja itu juga akan membolehkan semua pihak mengetahui apakah pendirian Pas dan adakah parti itu boleh melakukan perubahan seperti dijanjikan.
Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di Kelantan dan kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik) dan semua ini menunjukkan bahawa puak konservatif dalam Pas masih kuat.
Kita juga berharap pegawai-pegawai agama diberi latihan semula supaya mereka memahami perbezaan antara aktiviti penyebaran agama dan kegiatan amal di gereja.
Sepatutnya, bukan penganut Kristian dibenarkan menghadiri aktiviti amal dan program ditaja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di gereja bagi mewujudkan perasaan saling faham memahami antara berlainan agama.
LIM SWEE GUAN tersalah tafsir situasi yang telah berlaku. Apa yang berlaku ialah JAIS melakukan siasatan di bahawa ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM( KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988 setelah mendapat lapuran orangramai baahwa PUSAT KOMUNITI DUMC (bukan sebuah gereja pun) telah menjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan DOKTRIN / AGAMA di kalangan orang Islam melalui kegiatan-kegiatan amal pusat itu. Ternyata, adanya KUIZ 'LET TEST YOUR KNOWLEDGE ABOUT ISLAM' diedarkan kepada 12 orang Islam yang menyertai aktiviti amal Pusat tersebut yang bersifat PENGEMBANGAN DOKTRIN./AGAMA di kalangan orang ISLAM. 

JAIS tidak melakukan serbua sebaliknya melakukan siasatan ke atas kegiatan amal yang bersifat PENGEMBANGAN DOKTRIN / AGAMA di kalangan orang Islam yang dilakukan oleh penganjur dan pentadbir PUSAT KOMUNITI DUMC tersebut. Inilah isu sebenarnya. 

Awat bengong sangat LIM SWEE GUAN ini dan bagaimana SIN CHEW DAILY boleh mengambil seorang yang bengong sepertinya menjadi Timbalan editor ? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa