Sebelum ini hambe menanyakan beberapa soalan-soalan yang berbentuk Kuiz ' LETS TEST YOUR KNOWLEDGE ABOUT ISLAM IN PAS' pada kali ini hambe akan menanyakan pula beberapa soalan berbentuk kiuz juga ' LETS TEST YOUR KNOWLEDGE ABOUT THE BLASPHEMOUS PEOPLE'S ALLIANCE'. Jika anda bertembung dengan mana-mana ahli siberturper dan pencacai Pakatan Harmajadah di fesbuk dan twitter cuba anda tanyakan soalan-soalan kuiz ini kepada mereka. Jika mereka tidak dapat menjawabnya dengan betul, tepat dan benar, katakan kepada mereka untuk mengundi Parti Atas Pagar, jika ada.
Soalan-soalan kuiz Lets Test Your Knowledge About The Blasphemous People's Alliance.
1. Apakah pencapaian PR dalam memajukan ekonomi, sosio-politik dan keadilan sosial di Malaysia?
2. Namakan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang telah berjaya dilaksanakan oleh PR.
3. Sejauhmanakah polisi CAT PR telah berjaya menjadikan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah sebagai negeri-negeri yang paling makmur dan membangun berbanding negeri-negeri di bawah BN?
4. Berikan jumlah subsidi dan polisi fiskal PR yang telah melonjakkan pendapatan isi rumah rakyat negeri-negeri di bawah mereka.
5. Berapakah pendapatan per kapita penduduk negeri-negeri di bawah pentadbiran PR?
6. Berikan jumlah keluasan tanah yang telah dikurniakan secara percuma kepada rakyat termiskin di negeri-negeri di bawah PR.
7. Berikan data pembinaan rumah kos mampu beli yang telah di bina oleh PR hasil dari polisi fiskal mereka selama ini.
8. Namakan agensi yang ditubuhkan oleh PR bagi membantu rakyat termiskin dan marginal.
9. Nyatakan jumlah pelaburan asing yang PR sendiri bawa ke dalam negeri-negeri di bawha pentadbiran mereka.
10. Berikan struktur kuitpan cukai dan hasil negeri yang diamalkan oleh PR berdasarkan kepada teori-teori pembaharuan polisi fiskal mereka.
11. Dimanakah hasil-hasil positif yang nampak jelas hasil polisi CAT dan polisi fiskal impian PR?
12. Nyatakan jumlah aset-aset dan khazanah negeri yang bertambah dan diberikan nilai tambah oleh PR.
Jika soalan-soalan di atas gagal di jawab oleh mereka dan mereka hanya memberikan retorik-retorik pengulangan skrip lama seperti " PR baru perintah" "PR di halang oleh kerajaan Pusat" dan pelbagai jawapan yang bersifat penafian, penyangkalan dan dakwaan kosong, nyatalah mereka pun tidak tahu apa yang mereka lakukan.
Adakah anda mahu orang buta seperti itu memimpin negara Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa