Ahad, 14 Ogos 2011

PEMBANGKANG MARAHKAN FELDA BERI DUIT KEPADA PENEROKA.



Seronok gak pada hari ini mengikuti apa yang di tulis oleh rakan bloger The Flying Kick. Beliau mendedahkan betapa pembangkang cukup marah kepada FELDA kerana membantu peneroka yang masih bersama FELDA dan yang tidak bersama FELDA. Bantuan FELDA yang menjadi sasaran pembangkang pada kali ini ialah pemberian wang tunai sejumlah RM 400.00 dan RM 200.00. Pembangkang dalam nada keciwa dan ammarah yang melampuau di dorong oleh perasaan hasad dengki telah memperkecil-kecilkan pemberian dan bantuan FELDA itu dengan mengungkit-ngungkit kembali fitnah mengenai penipuan FELDA. Pembangkang mendakwa peneroka FELDA sebenarnya 'kerugian" RM50,00.00 dalam penebangan pokok getah selain kerugian akibat gred perahan minyak asas berjumlah RM48,000.00 setahun kononnya ialah. Pembangkag juga seringkali menghasut para peneroka FELDA dan generasi kedua FELDA. Pembangkang menghina peneroka FELDA sebagai hamba abdi kepada FELDA. 

Carilah di mana dalam dunia ini ada kerajaan yang beri percuma tanah seluas 10 ekar dan tapak rumah [berserta rumah yang didirikan] kepada rakyatnya agar dapat keluar dari kemiskinan yang membelenggu mereka. Kemudian menjaga mereka sehingga menjadi kaya raya. Selepas itu diberikan lagi bantuan-bantuan sehingga ke generasi kedua. Peneroka FELDA dan generasi kedua mereka sudah menjadi anak Emas kerajaan dan inilah yang menjadikan pepuak cauvinis sosialis DAP amat mencemburui FELDA dan kejayaan peneroka selama ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa