PMRAM & apantahkenamanya bakal mufti yang diwar-warkan oleh HARAKAH yang telah di buang pengajian dari DARUL IFTAR di MESIR sepatutnya menerima nasihat yang baik daripada pegawai ini yang telah menulis di dalam blognya. Memang benar apa yang dikatakan oleh pegawai yang berkaitan, adalah lebih baik PMRAM & pelajar entahapakenamanya menulis surat secara rasmi kepada Sheikh Al Azhar dan Mufti Mesir memohon keampunan dan kemaafan dan kepada kerajaan Malaysia agar dapat menjernihkan semula kekecohan dan provokasi yang mereka lakukan. Bukankah Mufti Mesir sendiri telah mengharamkan sebarang bentuk demonstrasi jalanan berdasarkan kepada pengalaman pahit Dataran Tahrir di Mesir tidak lama dulu? Sementelah lagi, pelajar-pelajar tersebut masih belum menghabiskan pengajian mereka dan eloklah mereka asingkan terlebih dahulu sebarang bentuk fahaman politik mereka. Sekembali ke Malaysia nanti, kerajaan BN pun tidak ambil pusing siapakan yang mereka akan undi kerana itu adalah hak memilih yang sudah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Sila klik ke pautan ini untuk pembacaan lebih lanjut:-
TEPUK DADA TANYA IMAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa