NAMPAKNYA KHALID SAMAD telah membuka langkah SILAT PLURALISMA bagi menjayakan AGENDA SOSIALIS PLURALISMA. Terkini, Khalid Samad bertindak di luar batasan bidangkuasanya sebagai seorang Ahli Parlimen. Belaiu telah mencabar kuasa-kuasa EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM SELANGOR dan campurtangan ikut sukahati beliau di dalam insiden serbuan ke atas sebuah gereja DUMC. Beliau patut sedar bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Selangor dan di mana-mana negeri di Malaysia kerana peruntukan perundangan adalah jelas. Tiada mana-mana Ahli Parlimen berhak campurtangan dalam hal ehwal agama Islam. Pihak JAIS boleh bo layan saja 'Arahan' Khalid Samad kerana beliau bukan EXCO NEGERI yang perlu JAIS menjawab kepadanya. Malah JAIS boleh mengambil TINDAKAN PERUNDANGAN terhadap KHALID SAMAD di atas sokongan terbuka beliau kepada kesalahan jenayah syariah di bawah ENAKMEN JENAYAH SYARIAH SELANGOR dan ketidakpatuhan beliau kepada KUASA-KUASA JAIS.
Hambe benar-benar berharap agar JAIS BERANI MEMBERIKAN TEGURAN TERBUKA DAN AMARAN KERAS kepada KHALID SAMAD ini. Beliau sudah semakin melampau-lampau dalam menegakkan SOSIALIS PLURALISMA malah beliau boleh dikenakan tindakan oleh JAIS kerana secara terang-terangan mencabar kuasa-kuasa JAIS.
KHALID SAMAD TELAH MELAKUKAN PERLANGGARAN UNDANG-UNDANG YANG DI BUAT OLEH DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG TELAH DIBERIKAN LEGALITI OLEH PARLIMEN MALAYSIA DI BAWAH SENARAI NEGERI PERLEMBAGAAN MALAYSIA. ADA BERANI KA JAIS DAN DATO HASAN ALI? BO LAYANLAH SAMA ITU KHALID SAMAD YANG GILA PUBLISITI DAN UNDI !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa