Jumaat, 19 Ogos 2011

KEMBALI MENGGANAS.

ALHAMDULILLAHIR-ROBBIL-'ALAMIIN, AKHIR NYA ISU TEKNIKALITI TELAH BERJAYA DIATASI. Jadi AGENDA PERJUANGAN diteruskan untuk membalun dakyah-dakyah Pakatan Pembangkang. Kita menyedari bahawa akhir-akhir ini, puak Pakatan Pembangkang memperhebatkan Kuntau Biawak Hidup mereka. Setelah mereka gagal mencetuskan gerakan menafikan hak mengundi rakyat, kini mereka mencetuskan keresahan antara agama di Malaysia. Alasan mereka cukup mudah, apakah agenda pertemuan antara DS Najib dengan Pope tempohari. Tanda-tanda awal Pakatan Pembangkang mahu menyalahkan UMNO dalam isu DUMC. Kita semua maklum bahawa pada tahun 2010 dan 2011, negara dipenuhi dengan kejutan-kejutan meresahkan apabila DAP memainkan sentimen agama. Bermula dengan penggunaan kalimah ALLAH yang berkait rapat dengan larangan penyebaran Bible versi bahasa Melayu di kalangan penganut Islam selaras dengan sekatan pengembangan doktrin dan kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam termaktub dalam Fasal 4 Artikel 11 Perlembagaan , kemudian isu NEGARA KRISTIAN dan akhirnya isu DUMC maka sudah tentulah perjumpaan DS Najib dengan Pope ialah perjumpaan antara Ketua Negara dengan Ketua Negara lain. Vatikan adalah sebuah negara terkecil di benua Eropah. 

Dalam masa yang sama, DAP menyelitkan isu larangan penggunaan pembesar suara bagi pembacaan al Quran pada waktu sebelum Suboh oleh JHEAIPP yang ternyata bersalahan dengan peruntukan seksyen 48-54 di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004. Apabila si apek nyanyuk Kit Siang mengherdik dan mencacai JAIS sebagai GESTAPO dalam isu DUMC, PKR dan PAS telah mengeluarkan arahan TUTUP MULUT. Sekali lagi Pakatan Pembangkang mencuba nasib mencabar kuasa-kuasa YDPA, Sultan dan Majlis Raja-raja. 

Demi meredakan suasana yang agak kepanasan buat Pakatan Pembangkang dalam kehangatan Anwar Ibrahim terpaksa melalui detik-detik saspens dalam kes liwat keduanya, Pakatan Pembangkang sekali lagi dikejutkan dengan tindakan DS Najib mahu menubuhkan JAWATANKUASA PEMILIH PARLIMEN bagi melakukan gerak kerja menghapuskan sebarang ketidakpercayaan dan syak wasangka kepada proses pilihanraya di Malaysia. Selepas dari itu, Pakatan Pembangkang dikejutkan lagi dengan pendedahan mengenai kanak-kanak Melayu di Jalan Kelang Lama yang didakyahkan dengan doktrin Triniti melalui kelas tuisyen oleh malaun-malaun tertentu.

MALANG SUNGGUH BUAT PAKATAN PEMBANGKANG, KERANA MELALUI ISU-ISU SEBEGINI DAN KEGAGALAN SIBERTRUPER MEREKA MELAKSANAKAN TUGASAN MEREKA DENGAN BAIK, MEREKA SEMAKIN KEHILANGAN 'KUCING' Credibility Accountability dan Transparency.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa