Di atas adalah petikan daripada BERNAMA yang melaporkan bahawa DS NAJIB memberikan respons unutk menunjukkan komitmen BARISAN NASIONAL bagi menghapuskan sebarang keraguan dan syak wasangka kepada proses pilihanraya yang mungkin di dakwa dimanipulasikan oleh BARISAN NASIONAL.
Diharapkan bahawa cadangan-cadangan dan usul-usul oleh JAWATANKUASA TERPILIH PARLIMEN nanti tidak memasukkan sebarang PEMERHATI BEBAS dari luar negara. Ini kerana motif PEMERHATI BEBAS amatlah diragukan sekali.
Kita tidak mahu kerahsiaan keputusan JAWATANKUASA TERPILIH PARLIMEN bagi pembaharuan pilihanraya dimaipulasikan oleh pihak pembangkang bagi memastikan kemenangan mereka secara tidak adil, tidak bersih dan tidak telus melalui campurtangan pihak asing. Perkara yang sama pernah terjadi di Afghanistan dan di Timur-Timur tidak lama dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa