Khamis, 18 Ogos 2011

ISU MURTAD: HABIS SEMUA KENA TIPU DEK PAKATAN HARAMJADAH.


TERUS TERANGLAH , sebenarnya hambe tidak begitu percaya sangat isu DUMC ini berkenaan hanya berkisar soal murtad sahaja kerana semua dah maklum pun pengembangan agama kristian di Malaysia ini memang rancak berjalan semenjak 500 tahun dahulu. Gerakan pertama dimulakan oleh ST. FRANCIS XAVIER di Melaka. Jadi isu AGENDA MURTADKAN MELAYU LAMA DAH OIIIII SUDAH TERJADI SEJAK 500 TAHUN DAHULU SILIH BERGANTI, MULA-MULA PORTUGIS, KEMUDIAN BELANDA DAN AKHIRNYA INGERIS. PATUNGNYA MASIH TEGAK BERDIRI DI KOTA MELAKA SAMPAI SEKARANG.

Oleh kerana itulah semasa Perlembagaan diderafkan perlindungan istimewa diberikan kepada agama Islam di mana ada larangan pengembangan kepercayaan agama dan doktrin di kalangan umat Islam. Dalam pada itu, kalangan umat Islam sendiri lah plak menyesatkan akidah umat Islam melalui ajaran-ajaran songsang dan sesat.

Diwujudkan institusi Raja Berperlembagaan dan Majlis Raja-raja sebagai pelindung dan penaung kepada agama Islam. Digubalkan pula enakmen-enakmen pentadbiran Islam di setiap negeri walaupun di negeri berkenaan tiada Sultan.

Hamba hairan jugak, kerana melalui perbicaraan dengan malaun-malaun dalam PKR dan PAS, rata-rata dengan sinis mengakui sudah tahu lama mengenai gerakan memurtadkan orang Melayu di Selangor.

Kalau sudah tahu kenapa di awal-awal 2008, 2009, 2010 mereka tidak ambil tindakan ? Kenapa baru sekarang? Terjadinya pula dalam bulan Ramadan, angin tidak ada ribut tak ada tup tup .. JAIS dapat tip off mengatakan ada umat Islam sedang didakyahkan untuk murtad di DUMC.

Tak pasal-pasal Khalid GG mohon maaf kemudian tunggu lapuran siap selepas hari raya sedangkan lapuran sudah siap lama dah,

JADI SUDAH TENTULAH ISU DUMC INI ADA AGENDA LAIN YANG LEBIH JAHAT DAN LEBIH SINITER SIFATNYA. PAKATAN PEMBANGKANG INI CUKUP PANDAI MENIPU DAN MENJALANKAN SIASAH TIPU MUSLIHAT.

TEPUK DADA TANYA IMAN !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa