Isnin, 29 Ogos 2011

ISU MURTAD GDMU: HELO TONY PUA KENAPA HENDAK GABRA?

Mat Sabu menggelabah sehingga terpaksa akui beliau hilang ingatan mengenai ceramah kontroversinya mengagungkan pengganas komunis. Tony Pua daripada DAP pula terkena sindrom gabra dalam isu murtad GDMU setelah Khalid Gereja berlatah sambil bertatih mencari perlindungan di sebalik ugutan saman sivil terhadap Papa Gomo. 

Bloger angin perubahan mendedahkan Tony Pua sudah gabra tahap cimpanzi hilang pisang apabila RTM 1 menyiarkan mengenai kewujudan sebuah laman fesbuk yang dikenali sebagai AMS [Apostacy Malaysia Singapore). Laman tersebut turut 'disukai' oleh beberapa pemimpin Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sepertimana dilapurkan oleh RTM 1. 


Laman fesbuk grup kontroversi tersebut memang wujud. Ianya telah di kesan oleh salah seorang rakan fesbuker. Selepas itu pendedahan dilakukan di mana amatlah mengejutkan apabila laman tersebut turut 'disukai' oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. 

DAP adalah sebuah parti politik SOSIALIS. Di dalam ideologi Sosialis Artikel 3, Artikel 11 Fasal 4 dan Artikel 12 Perlembagaan Malaysia yang meletakkan batasan kepada pemilihan beragama merupakan satu 'taboo' besar. Ideologi Sosialis meletakkan kebebasan tanpa had kepada individu untuk memilih apajua bentuk kepercayaan agama mereka dan dibenarkan menukar kepercayaan agama pada bila-bila masa tanpa halangan. Sosialisma berpegang kuat kepada Hak Mutlak Individu tanpa sekatan. 

Bagi Sosialisma agama dan negara itu perlu ditadbir berasingan dan agama mestilah patuh kepada perundangan negara dan ideologi sosialisma. Inilah bahay yang sedang mengancam negara dan Perlembagaan Malaysia. 

DAP takut dan bimbang kehilangan kepercayaan orang Melayu Islam. Jika ini berlaku, DAP tidak lagi mampu menjadikan mana-mana Melayu Islam dan murtadiin sebagai 'anjing-anjing' politik mereka untuk dibonekakan. DAP adalah MUSUH NOMBOR 1 NEGARA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa