Bila berbicara saja mengenai Kalipah Muda kesayangan Pok Nik , ianya sungguh mengujakan sekali. Perasaan keterujaan itu sama seperti perasaan melayangkan sepak layang tepat ke muka seorang pembuli di sekolah. Memang tepat Pok Nik mengangkat seorang anak muda sosialis religus sebagai seorang Kalipah Muda. Berbanding dengan Mohd Nor Deris yang kasyafnya hanya dapat melihat tangan Pok Nik seperti setanirojim laknatullah, kasyafnya Kalipah Muda Guan Eng sehingga mampu mengetahui tanpa bukti bahawa UMNO lah yang telah membakar pejabat DAP di Jalan McAllister. Cuma Kalipah Muda Buluh Kasap Guan Eng terlupa memberikan butiran terperinci mengenai nombor keahlian UMNO, no kad pengenalan, nama, alamat, no yang boleh dihubungi pukul berapa kejadian, bagaimana ianya dilakukan dan berapa ramaikah yang terlibat. Tapi tak mengapa, soal-soal sebegitu boleh di jawab oleh PDRM yang lebih kasyaf dalam hal-hal siasatan sedemikian.
Berdasarkan kepada portal pembangkang yang juga kasyaf kerana mampu mengetahui pelbagai perkara tanpa bukti kukuh melapurkan bahawa Kalipah Guan Eng telah mencadangkan pihak yang bertanggungjawab ke atas kebakaran pejabat DAP di Jalan McAllister ialah UMNO. Kenyataan itu telah mengundang reaksi daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato Zainal Abidin yang menganggap kenyataan Kalipah Muda Buloh Kasap Guan Eng sebagai biaDAP. Sila baca kenyataannya itu di sini NOVANDRI.BLOGSPOT.COM (Minda Intelek Melayu) .
BAK KATA PEPATAH MODEREN, JIKA POK NIK ADA SURGA, KALIPAH MUDANYA ADA BULUH KASAP. ANDAIKATA ESUK LUSA, KEPALA GUAN ENG TERANTUK DENGAN BAPANYA SENDIRI, KITA SUDAH BOLEH MENJANGKAKAN SIAPA PUNYA ANGKAR. TERINGIN JUGA BERTANYA KEPADA GUAN ENG, AGAK-AGAK SIAPAKAH YANG BAKAL MENANG DALAM PRU 13 NANTI, SUDAH TENTU ANDA BOLEH MENJANGKAKAN JAWAPANNYA ....... UMNO !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa