Ahad, 14 Ogos 2011

DZULKIFLY AHMAD: WAJAR KHALID GG MOHON MAAF!



ADA SIAPA TAK KENAL DUKTUR DZULKIFLY AHMAD? Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS yang kuat menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh The Herald atas alasan kalimah itu kepunyaan dan milik semua manusia jagat. Belaiu bimbang kerana jika kalimah ALLAH tidak di kongsi bersama nanti bakal kosonglah surga Pok Nik tiada berpenghuni. Hambe benar-benar yakin bahawa Dzulkifly Ahmad bukan lah seorang Ahli Agama. Kefahamannya mengenai agama Islam amatlah meragukan samalah seperti RPK.

Dalam mengulas tindakan demontsran pada Jumaat lepas yang menentang aktiviti missionari aktif kelompok Sosialis Religus memurtadkan umat Islam, Dzulkifly menyatakan seperti berikut (rencana sepenuhnya di sini DZULKEFLY AHMAD:-


Seramai kira kira 30 orang demonstran hadir yang mewakili 2 pertubuhan bukan kerajaan iaitu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan ( Gempak). Mereka turut mempertikaikan sikap Khalid yang kononnya dituduh memperdagangkan Islam dan akidah umat islam kerana kepentingan politik.


Apakah salah tindakan Khalid memohon maaf bagi pihak kerajaan negerinya, sementara menunggu laporan lengkap dari JAIS berikutan insiden tersebut, sehingga tindakannya itu dianggap mereka sebagai memalukan dan tidak wajar?

Kewajaran Khalid meminta maaf itu tidak patut diputarbelitkan media. Ia boleh diertikan bahawa Khalid kesal isu sebesar ini tidak dimaklumkan kepada beliau dan tidak juga kepada Exco agamanya. Ini tidak bermakna bahawa Khalid menyokong gereja tersebut. Sebaliknya pulak ianya juga tidak menggambarkan Khalid menyalahkan JAIS dalam tindakan mereka.

Yang penting sebagai ketua sebuah negeri, Khalid mahu dilihat berhati hati dalam membuat sebarang tindakan kerana menjaga keharmonian perasaan antara kaum dan agama. Tegasnya Khalid mahukan laporan lengkap disiapkan bagi mengadili kes ini dengan baik berpandukan maklumat yang tepat.
Beliau memberikan justifikasi pada pendapatnya tanpa berdasarkan kepada fakta dengan mengupas tindakan Khalid GG tersebut sebagai suatu kewajaran kerana tidak dimaklumkan mengenainya dan EXCO Agamanya. Dalam perundangan ada suatu maxim yang terkenal iaitu IGNORANTIA NON EXCUSAT (ignorance is no excuse) dan NON EST FACTUM (its not my deed). Jelaslah bahawa permohonan maaf Khalid GG sebenarnya adalah pra matang dan tidka wajar kerana JAIS melakukan siasatan ke atas aktiviti misionari aktif pengembangan doktrin dan kepercayaan agama lain di kalangan umat Islam yang disamarkan melalui alasan kerja amal dan kutipan dana. Kenapa harus memberikan Manafaat keraguan Kepada Pihak DUMC yang bukan pun sebuah gereja?


Begitu juga dalam menangani isu isu lain bersabitan pertentangan agama seperti masalah kuil dan kepala lembu dan babi hutan, serangan terhadap rumah ibadat dan kes perebutan anak selepas ibu atau bapa kembali ke agama asal dan sebagainya. Isu seumpama ini amat sensitif dan emotif, berlembut tidak bermaksud kita lemah atau menyebelahi dan lunak kepada sesuatu pihak.
Persoalan yang jelas di sini ialah kenapa kita perlu berlunak-lunak sedangkan mereka tidak berlunak-lunak dengan umat Islam malah kelunakan tersebut sudah dimanipulasikan untuk memperbodohkan pemimpi Islam sepreti Dzulkifly, masihlah beliau tidak menyedari? Oleh itu demonstran pad ahari Jumaat lepas berniat untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin Islam seperti Dzulkifly agar bangun dari lamunan mimpinya.

Pengarah Eksekutif, Harapan Komuniti Raymond Koh juga telah tampil memberi kenyataan bahawa majlis makan malam yang diadakan di premises gereja tersebut adalah bertujuan mengutip dana , ianya dihadiri jemputan dari pelbagai kaum dan beliau juga mendakwa makanan yang dihidangkan halal dan disediakankan oleh orang melayu.



Beliau menyatakan kekesalannya bahawa majlis kutipan dana itu telah disalah tanggap sebagai majlis memurtadkan orang Islam. Beliau juga terkilan serbuan JAIS itu dibuat tanpa sebarang waran ditunjukkan walaupun pihaknya meminta pegawai JAIS berbuat demikian.
Inilah alasan yang digunakan oleh pihak sinun untuk memburukkan usaha JAIS dan menutup aktiviti pengembangan kepercayan agama di kalangan umat Islam oleh DUMC yang bukannya sebuah gereja tetapi sebuah Pusat Komuniti yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja misionari aktif konversi ke dalam kelompok mereka samada dari segi kepercayaan agama mahupun dari segi kefahaman politik. Kenapa perlua da selingan lagu ALHAMDULILLAH & ALLHUAKBAR, Kertas Kuiz ' Lets Test Your Knowledge About Islam' dan pengedaran Bible bahasa Melayu di kalangan orang Islam yang hadir? Seterusnya beliau menustifikasi pendapatnya dengan menulis seperti berikut:-
Atas bahu kepimpinan politik dan agama, tugasan untuk mendidik ummat Islam ini diletakkan. Aqidah adalah keyakinan hati dan jiwa. Ia tidak dapat dipasakkan dengan undang-undang dan hukuman semata-mata. Ia perlu dibina dengan menyeluruh dan konsisten serta bereterusan.
Whoaa ! Disinilah penyelewengan dan kekeliruan yang ada pada Dzulkefly. Dalam kaedah Usulluddin dan fiqh memang menyatakan tidak boleh memaksakan TAUHID kepada orang bukan ISLAM tetapi ini juga bermakna orang bukan ISLAM tidak boleh 'memaksakan' ke atas orang Islam kepercayaan agama mereka. Oleh itu di dalam ISLAM terdapat larangan berpatah balik dari TAUHID kerana mereka yang murtaddin sudah tentu akan melakukan penghasutan kepada orang Islam lain untuk turut murtad. Larangan tersebut termasuk dalam usaha pembinaan menyeuruh dan konsisten serta berterusan yang Dzulkefly tuliskan tapi sayangnya beliau sudah terlepas pandang mengenainya.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak memerlukan ia diperkasa dengan ‘keangkuhan’ lebih dari ia perlu ditampilkan dengan sifat “Rahmah” dan “Ihsan Belas” kepada pihak lain. Ada yang juga tak kena dengan kepimpinan yang bertanggungjawab tentang agama Islam di Negara ini yang gagal memahami bahawa Islam itu bukan dalam kedudukan diserang atau “under-siege” seperti yang didakwa pihak tertentu yang tidak memahami watak dan  sifat Islam itu sebenarnya. 
'Keangkuhan' apa yang dimaksudkan oleh Dzulkefly ? Adakah tindakan mempertahankan JAIS merupakan suatu 'Keangkuhan'? Sudah peningkah Dzulkefly dalam menakrifkan tindakan mempertahankan tindakan JAIS tersebut?  JAIS bertindak di atas landasan perundangan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang berdasarkan kepada Fasal 4 Artikel 11 Perlembagaan yang di ambil terus daripada Syarie' Islam berkenaan dengan RIDDA' (murtad). Jadi adakah tindakan mempertahankan tindakan JAIS merupakan suatu 'Keangkuhan'? Atau pendirian yang di ambil oleh Dzulkefly sebenarnya merupakan suatu 'Keangkuhan'?

Seterusnya Dzulkefly menyatakan bahawa tindakan yang betul ialah melalui wacana, dialog dan forum yang dianjurkan oleh POLITIK BARU (Tajdid Siyasi) berdasarkan kepada Tahaluf Syaithonirojim.
Bahkan Politik Baru menampilkan satu keselesaan dan perasaan saling menghormati yang cukup mendalam sekaligus membuka ruang ‘dialog’ antara agama yang cukup luar biasa. Pernah penulis sendiri terasa akan permusuhan dan perseteruan yang sangat tajam dengan pihak IFC satu ketika dahulu.
Ini mengingatkan kita kepada peristiwa iblisetanirojim laknatullah membisikan hasutannya kepada Hawa lalu Hawa mempengaruhi Adam a.s. moyang kita untuk memakan buah khuldi. Alasan yang diberikan oleh iblisetanirojim laknatullah kepada Hawa ialah larangan Allah swt tersebut hanyalah sebagai halangan 'Pencerahan Ilmu' yang bakal diperolehi oleh keduanya dengan memakan buah khuldi.Sedangkan sudah dimaklumkan bahawa iblisetanirojim laknatullah adalah musuh nyata bagi manusia dan sentiasa membisikan was-was ke dalam hati manusia dari bala tenteranya yang terdiri dari Jin dan manusia. Alasan yang sama diberikan oleh Dzulkefly di sini tanpa beliau menyedari bahawa beliau telah membisikkan was-was ke dalam hati-hati orang-orang beriman. 

Anda perlu ketahui bahawa iblisetanirojim laknatullah membisikan hasutannya kepada Hawa melalui ' Dialog' yang berlunak-lunak dalam suasana 'mesra alam' kerana manusia di dalam kadaan sebegitu amat mudah dialpakan dan digelincirkan imannya. Dzulkefly menyimpulkan pendapatnya seperti berikut:-
Kembali kepada persoalan pokok. Bila direnungi kesemua pergolakan ini, anda tidak dapat mengelak dari bertanya. Benarkah Umno konsisten untuk mempertahankan aqidah ummat ataukah ia lebih tepat lagi kerana ingin menangguk di air keruh untuk kepentingan kepartaian sahaja bagi menjatuhkan lawan  politiknya? Politik itu murni dan medan untuk bersaing bagi mencari redho Allah. Tetapi nyata hari ini, politikuslah kelompok utama yang merosakkan medan amal ini.


Mungkin kesemua ini tidak salah dari perspektif politik Umno.  Tetapi jangan sampai ‘nawaitu’ politik sebenar itu, yang diadunkan atas nama agama, merosakkan kemuliaan Islam sebagai agama Rahmatan Lil-‘Alamin!



Masa akan menentukan dan menyerlahkan kebenaran hakikat ini.
Seperti biasa, Dzulkefly akan menyalahkan UMNO itu dan ini dan mempersoalkan nawaitu UMNO. Kenapa beliau tidak mempertikaikan dan mempersoalkan nawaitu PAS, PKR dan DAP serta DUMC dalam isu tersebut? Nyatalah Dzulkefly sendiri mengakui bahawa politikus sepertinyalah yang merosakkan kemuliaan Islam sebagai agama Rahmatan Lil-'Alamin kerana beliau bukanlah seorang Ahli Agama dan tidak Faham Agama (meminjam kata-kata Mufti Selangor).

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa