Rabu, 10 Ogos 2011

APABILA TAUHID SEMURAH SESUAP NASI.

BERDASARKAN KEPADA maklumat yang didedahkan oleh bloger RBF, 12 orang 'fakir miskin' yang berada di DUMb-C sebuah gereja sel sosialis religus evangelikal dikhabarkan telah mengupah peguam dan enggan bekerjasama dengan JAIS dalam siasatan JAIS ke atas DUMb-C. Menurut sumber RBF, peguam itu adalah lantikan DAP Sosialis. Sungguh menghairankan bilamana 12 orang 'fakir miskin' yang terpaksa menerima 'Bantuan Kebajikan' untuk kesinambungan penghidupan mereka mampu pula mengupah peguam untuk membela mereka. Pengikut blog RBF berpendapat bahawa JAIS telah melakukan kesilapan teknikal dengan membebaskan 12 orang tersebut. Sepatutnya JAIS menahan 12 orang tersebut di mana-mana pusat tahanan sementara dan mengambil perintah tahanan daripada mana-mana majistret untuk siasatan lanjut selama tujuh hari.

Pada pendapat hambe, bukanlah kesilapan JAIS kerana tiada peruntukan perundangan yang khusus membenarkan JAIS 'menyimpan' mana-mana roang untuk tempoh masa siasatan melainkan JAIS membuat lapuran polis di baawah Kanun Kesiksaan di mana polis boleh menahan 12 orang tersebut. Tetapi itu sudah menjadi kes polis pula dan bukan berada di dalam bidangkuasa JAIS. Hambe berpendapat ada baiknya ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) di pinda memberikan kausa-kuasa penahanan untuk 'menyimpan' selama tujuh hari untuk siasatan oleh JAIS. 

Inilah jadinya apabila TAUHID disama-nilaikan dengan sesuap nasi. Jika benar-benar mereka mempunyai keteguhan TAUHID di dalam hati, sudah pasti mereka tahu bahawa kadar rezeki mereka sudah ditentukan oleh ALLAH SWT dan mereka hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya. Kenapa perlu mereka menjual TAUHID mereka kerana sesuap nasi? Sedangkan baginda Rasulullah s.a.w. pernah mengikat perutnya dengan sebiji batu menahan kelaparan. Walaupun baginda Rasullullah s,a.w ada bersabda bahawa miskin itu hampir kepada kekufuran tapi maksud sebenar baginda Rasullullah s.a.w. adalah MISKIN TAUHID dan bukan MISKIN HARTABENDA kerana baginda Rasullullah s.a.w. telah menegaskan kepada umatnya agar sentiasa membantu fakir miskin.Fikir-fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa