Selasa, 30 Ogos 2011

ANWAR IBRAHIM MEMANGLAH KORBAN UNTUK DAP, TIDAK SYAK LAGI.

DAP sentiasa yakin dan pecaya bahawa mereka kini berada di atas landasan yang betul untuk menguasai Malaysia seterusnya mengubah 200% kerangka dan sistem kerajaan sedia ada. Pemimpin-pemimpin Melayu yang DAP anjingkan selama ini seperti Hj Hadi, Khalid GG, Khalid G, Dr Zulkefly Ahmad, Pok Nik, Nik Nadzmi, Nurul Izzah, Sam kemetot, Chegu Bard, Saifuddin Nasution, Khalid Jaafar dan Anwar Ibrahim bakal dikorbankan satu persatu setelah 'kegunaan' mereka pada perkiraan DAP sudah tamat tempoh dan sudah menjadi liabiliti kepada kemajuan DAP. Baca di sini Konspirasi Jatuhkan Anwar Dalam pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat.


Hambe tidak terkejut dengan pendedahan yang telah di buat oleh YB Zahrain mengenai kecaman Americk terhadap Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan kenyataan Karpal Singh mengecam Mat Sabu. Itu semua sudah dijangkakan. Apabila bloger Pulau Pinang mendedahkan kecaman Ketua PKR Pulau Pinang berang dengan tuntutan ahli Melayu DAP meminta kuota kerusi Parlimen PKR dan mengenai penyalahgunaan wang PBAPP bagi rawatan kos perubatan Mat Sabu ianya adalah permulaan bagi menghapuskan dominan kuasa politik Melayu dalam Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. 

Pendedahan bloger pro UMNO/BN mengenai perbincangan khusus dengan Ku Li dan Pok Nik bagi menggantikan Anwar Ibrahim merupakan satu lagi percaturan politik DAP dalam memastikan keberhasilan strategi PECAH & PERINTAH mereka untuk memisahkan undi Melayu. 

Kesemua turutan isu-isu seperti BERSIH, NEGARA KEBAJIKAN dan AGENDA MURTAD merupakan langkah-langkah strategi besar DAP untuk menguasai undi Melayu. Api kebencian terhadap UMNO di kalangan pengundi muda dan golongan profesional Melayu adalah bagi memastikan kelompok tersebut terus berada di atas pagar. Adalah mudah bagi DAP jika kelompok sasaran tersebut terus menerus berada di atas pagar. Atas Pagar bermakna kesetiaan dan hayunan undi boleh berlaku jika isu yang dibangkitkan adalah kena pada tempat dan masanya. 

DAP belajar dari peristiwa kejatuhan Melaka 500 tahun dahulu dan kegagalan perjuangan PKM di Malaysia. Janganlah sesekali kita alpa dan lupa bahawa DAP itu kafir harbi dan sosialis yang senada dan seirama dengan komunisma PKM. 

Selepas ini, dijangkakan DAP akan membangkitkan isu sentimen perkauman berkenaan dengan perlantikan Perdana Menteri Malaysia pula. Mereka akan mempermainkan isu bahawa Perdana Menteri Malaysia wajiblah di sokong dan mengikut prosedur Parlimen yakni orang yang mendapat kepercayaan 2/3 majoriti ahli Parlimen. 

DAP mempunyai pelan rancangan untuk 50 tahun akan datang dan setiap senario sudah mereka kaji dari pelbagai aspek dan sudut. Mereka sudah tentunya mempunyai bantuan kepakaran dari luar negara untuk merangka pelan tersebut. 

Bagaimanakah seharusnya UMNO/Barisan Nasional menghapuskan terus dan mengagalkan Rancangan Pelan 50 Tahun DAP itu? Kita mestilah menjadi lebih pandai daripada DAP dan sentiasa berwaspada. Tidak syak lagi, Anwar Ibrahim akan dikorbankan oleh DAP. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat akan dikorbankan satu persatu. DAP akan memastikan bahwa setiap korban politik itu akan membawa keuntungan dan penambahan sokongan kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa