Selasa, 30 Ogos 2011

ALLAHU-AKBAR ALLAHU -AKBAR ALLAHU-AKBAR WA LIL-LAAHIL-HAMD.





1 Syawal menjelang tiba. Setelah Ramadan berlalu pergi. Bertakbir memuji Illahi tanda bersyukur ujian sudah ditempuhi.

Apakah kenangan anda semasa kecil bila menyambut aidil fitri? 

Semasa anda belum lagi mengerti apa itu baik dan buruk? 

Sebelum anda menjadi ahli mana-mana parti politik? 

Sebelum anda menjadi ahli kepada mana-mana sibertruper?

Masihkah anda ingat bagaimana terujanya anda untuk memakai baju raya?

Masihkah anda ingat anda tidak mempedulikan duit raya?

Masihkah anda ingat kemesraan kedua ibu bapa anda?

Masihkah terngiang-ngiang di telinga anda suara jemaah bertakbir di masjid?

Masihkah anda boleh menghidu rendang di dapur?

Masihkah anda ingat bagaimana takutnya anda untuk bercakap bohong?

Masihkah anda ingat bagaimana anda mahu di puji baju raya anda?

Masihkah anda ingat betapa riangnya hati anda bermain mercun di laman rumah?

Masihkah anda ingat betapa gembiranya anda berjalan keliling kampung bersama rakan sebaya?

Masihkah anda ingat kenakalan anda semasa di masjid sewaktu jemaah bersolat hari raya?

Masihkah anda ingat persiapan hari raya anda bersama keluarga dan kedua ibu bapa anda?

Masihkah anda ingat kejujuran?

Masihkah anda ingat keikhlasan?

Masihkah anda ingat semuanya itu?

Tidakkah anda ingin mewarisi kegembiraan dan keindahan yang anda kecapi itu kepada generasi terkemudian agar mereka mengenali indahnya kenangan cantiknya ISLAM dan seronoknya persaudaraan?

Kenapa kini anda memilih untuk menjadi sebaliknya?

Tidakkah anda mempunyai pilihan untuk mengembalikan dan menghidupkan semula semua yang di atas?

Anda mampu berubah !

Anda mampu menjadi insan terbaik untuk semua.

Anda tidak perlu mengikuti dan mempercayai PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI !

MAAF ZAHIR BATIN

JADIKANLAH AIDIL FITRI INI SEMULIA-MULIANYA SEMULIA KEJADIAN ANDA SEBAGAI MANUSIA CIPTAAN YANG SMEPURNA DARI SEGALA CIPTAAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa