Khamis, 21 Julai 2011

WAJIB DI BACA & DISEBARKAN : BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG DISELEWENGKAN PAS.(4)

Pendedahan pada kali ini membahaskan hujah-hujah yang digunapakai oleh PAS bagi mengharuskan yang Haram bagi jenis TAHALUF SIYASI. PAS sudah tahu hukumnya HARAM tapi tetap mahu juga mencari-cari dalil-dali syarie bagi mengharuskan TAHALUF SIYASI dengan sekutu syubahat mudarat PKR dan kafir harbi DAPIGS.

Pendedahan ini berdasarkan kepada sebuah kertas kerja yang di tulis oleh Ketua Penerangan DPP Pasir Mas bertarikh pada Jun 2008.  Inilah kerja PAS sejak dulu, mana yang HARAM dijadikan mereka sebagai HARUS bukan untuk menegakkan DAULAH ISLAMIYYAH tapi demi kepentingan SIYASAH kelompok mereka sendiri.


Klik imej di tepi ini untuk diperbesarkan. Sila baca pada perenggan pertama mukaddimah baris ke 6 sehingga baris ke 12. mat jelas menunjukkan niat dan maksud sebenar PAS menjadikan TAHALUF SIYASI sebagai alasan dan dalil syarie untuk mengharuskan kerjasama dengan sekutu syubahat mudarat PKR dan kafir harbi DAPIGS semata-mata untuk BERKUASA dan bukan untuk memperjuangkan NEGARA ISLAM. Ini dibuktikan pada muktamar PAS Jun lalu bilaman Presidennya Hj Hadi mengisytiharkan TIADA NEGARA ISLAM DALAM AL QUR'AN TAPI HANYA NEGARA KEBAJIKAN.

Dalam perenggan kedua pula, jelas PAS tahu hukum jenis TAHALUF SIYASI yang hendak digunakannya adalah HARAM hukumnya tapi membuat kalihan kepada pendapat yang menyatakan ianya HARUS berlaku. Dalam siri ke 3 didedahkan mengenai dalili-dalil AL Quran Qathie' mengharamkan TAHALUF SIYASI. Kita lihat bagaimana PAS putarbelit.


Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi 

Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain : 
Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

PAS memberikan 2 alasan yang tidak masuk akal, pertama menafikan dalil Al Quran mengenai HARAM nya hukum jenis TAHALUF SIYASI yang hendak diamalkan oleh PAS. Apa beza PAS dengan kaum munafiq yang diketuai oleh ABDULLAH BIN UBAY ? Apabila tujuan dan niat mereka dalam sama yakni menggulingkan sebuah Pemerintahan Islam yang ada. Kedua, ayat 291 Surag Al Baqaroh diputarbelitkan tafsirannya bagi menafikan Hukum Haram yang terdapat di dalamnya dengan kalihan hujah akal bahawa penetapan hukum Tahaluf Siyasi diletakhakkan kepada pakar politik dan ahli-ahli strategi ! Dimanakah dalam ayat tersebut mengatakan begitu ? Memang dasat PAS putarbelitkan ayat-ayat Al Qur'an ini sehingga sampai ke tahap BERANI MENAFIKAN HUKUM YANG TERDAPAT DI DALAMNYA!

Begitulah sifat sebenar PAS lebai Malang Politik Malaysia yang bercita-cita untuk berkuasa di Malaysia tapi apa gunanya jika PAS hanya jadi Budak Suruhan dan mengamalkan TAHALUF SIYASI yang diharamkan? Tidakkan itu mengundang KEMURKAAN ALLAH SWT dan kutukan sekelian para makhluq di langit dan di bumi serta di antara keduanya? Mana nak datang keberkatannya , buatlah seberapa banyak SOLAT PERDANA HAJAT pun, ibarat PAS ini hendak membasuh sehelai kain putih yang suci bersih dengan AIR KENCING. Ada patut ka?


TEPUK DADA TANYA IMAN

1 ulasan:

  1. just sharing

    1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

    2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

    3. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

    Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

    5.Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib (bukan Islam) untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa