Selasa, 19 Julai 2011

WAJIB DI BACA & DISEBARKAN : BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG DISELEWENGKAN PAS.(2)

INI ADALAH SIRI KEDUA PENDEDAHAN AMALAN TAHALUF SIYASI PAS YANG MENYELEWENG DARI SIASAH ISLAM BERDASARKAN KEPADA SEBUAH KERTAS KERJA YANG DI TULIS OLEH KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS PADA JUN 2008 BERTAJUK "TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS PERJUANGAN PAS DI MALAYSIA PASCA PRU 12 SERTA PANDANGAN GOLONGAN ULAMA HARAKI MENGENAINYA"

DALAM SIRI DIDEDAHKAN BAGAIMANA PAS MENGETAHUI BAHAWA HUKUM TAHALUF SIYASI INI BEGITU MUBAH (BOLEH BERUBAH) DENGAN MUDAH DAN BAGAIMANA PAS MENYALAHI  KAEDAH TAHALUF SIYASI INI SEHINGGA JENIS TAHALUF SIYASI YANG DIAMALKAN OLEH PAS SEBENARNYA ADALAH SYUBAHAT MUDARAT YANG HAMPIR KEPADA HARAM.


AJAIB SUNGGUH KERTAS KERJA tersebut kerana mengakui adanya pandangan golongan ulama Haraki. Di dalam kertaskerja tersebut pandangan ulama Haraki yang disebutkan tidak jelas siapa. Nampaknya, terma ULAMA HARAKI digunakan bagi mengabui mata pembaca agar mempercayai bahawa TAHALUF SIYASI yang diamalkan oleh PAS adalah HARUS hukumnya, walhal jika diteliti hujah-hujah yang diberikan amat jelas HUKUM SYUBAHAR MUDARAT yang hampir kepada HARAM cuba dihalalkan oleh PAS demi kepentingan politik mereka.




Berikut adalah apa yang dinukilkan oleh KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS tersebut dalam mebahaskan HUKUM HARAM & HUKUM HARUS TAHALUF SIYASI.

Hukum Tahaluf Siyasi

Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam.  Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb[1] dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah[2]. Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi[3], Dr Mustoffa al-Tohhan[4], al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid[5], Doktor Solah al-Showi[6] dan Doktor Munir Ghahdban[7].

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :

  1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.[8]

Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam. [9]

  1. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya[10]

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.[11]

  1. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.[12]



[1] Muhammad Qutb (2004), Waqiunal Maashir, muka surat 465
[2] Muhammad bin Abdullah, Tanwir al-Zulumat Bikasyfi Mafasid wa Syubhat al-Intikhabat, muka surat 132
[3] Dr Yusuf al-Qaradhawi, Ainal Khalal, muka surat 75, 
[4] Dr Mustoffa al-Tohhan, Fiqh al-Harakiyy baina al-Asolah wa al-Inhiraf, muka surat 33
[5] Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid, Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tathbiqi, jilid 4 muka surat 277
[6] Doktor Solah al-Showi, al-Taaddudiah al-Siyasiah fi al-Daulah al-Islamiah, muka surat 142
[7] Doktor Munir Ghahdban, al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, muka surat 13
[8] Surah al-Maidah, ayat 51-52
[9] Muhammad bin Abdullah, Tanwir al-Zulumat Bikasyfi Mafasid wa Syubhat al-Intikhabat, muka surat 133
[10] Surah al-Baqarah, ayat 219
[11] Muhammad Qutb (2004), Waqiunal Maashir, muka surat 465
[12] Ibid, ms 465
Dalam siri artikel berikutnya, didedahkan bagaimana HUKUM HARAM dijadikan  HUKUM HARUS bgai jenis TAHALUF SIYASI yang diamalkan oleh PAS yakni kerjasama dengan gerakan KAFIR HARBI dan gerakan SYUBAHAT MUDARAT PKR. 




Dalil-dalil yang diputarbelitkan oleh PAS bagi mengharuskan jenis TAHALUF SIYASI yang hukumnya HARAM hanya berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi s.a.w. yakni mengenai perbuatan-perbuatan Nabi s.a.w tetapi percanggahannya trelalu besar ini kerana dalam kaedah USUL FIQH ,hadis tidak boleh mengatasi AL QUR'AN dan adalah mustahil pada 4 sifat NABI S.A.W. untuk menyalahi PERINTAH ALLAH SWT. 


Tapi bagi PAS, BOLEH SAJA !


 TEPUK DADA TANYA IMAN !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa